Antara Azmin dan Anwar, siapa lebih jantan?

Mahu tunjuk jantan atau tidak, kenalah bertarung

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Antara Azmin dan Anwar, siapa lebih  jantan?

Antara Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, siapa lebih ‘jantan’ hanya boleh dibuktikan dengan pertarungan merebut kerusi Parlimen pada PRU15.

Azmin telah membuka gelanggang bila mencabar Anwar samada menghantar anak, isteri atau dirinya sendiri bagi berdepan dengan beliau di Gombak.

Cabaran tersebut boleh dianggap menafikan khabar Azmin akan berpindah kawasan Parlimen pada PRU15 dan berhasrat mempertahankan kemenangannya sejak PRU12.

Dalam kajian banci penduduk Gombak pada 2020, jumlah penduduk mencapai  seramai 349,207 orang. Pecahan penduduk mengikut kaum pula mendapati kaum Bumiputera menguasai dengan 79.6%, Cina 10.1%, India 8.4% dan lain-lain 1.9%.

Antara Azmin dan Anwar, siapa lebih  jantan?

Jika dilihat kepada kapasiti pengundi, tidak mustahil Anwar mampu mengalahkan Azmin sekaligus mengakhiri karier politik Ahli Parlimen Gombak.

Anwar yang telah bertekad untuk bertanding di kerusi ‘pengkhianat’ perlu membuktikan kata-kata beliau bukan sekadar retorika politik bagi meraih populariti.

Sudah pasti tiada masalah untuk Anwar menunjukkan ‘kejantanan’ sebenar sebagai ahli politik yang lebih berpengalaman dari Azmin. 

Antara Azmin dan Anwar, siapa lebih  jantan?

Azmin pula perlu membuktikan beliau ‘anak jantan’ dan tidak lari ke kawasan Parlimen lain sekiranya Anwar menyahut cabarannya. Sebelum ini, desas-desus menyatakan Azmin memilih untuk berpindah ke Parlimen Shah Alam bagi menjamin kemenangannya dalam PRU.

Antara Azmin dan Anwar, siapa lebih  jantan?

Sebagai rekod, Gombak mempunyai sejumlah penyokong PAS yang menguasai undi dan boleh dikatakan Azmin selama ini hidup diatas undi ehsan PAS Gombak. 

Siapa antara kedua figura ini akan tampil sebagai ‘anak jantan’ selepas PRU15? Tidak mustahil kedua-dua ahli politik ini hanya bermain emosi untuk menguji kekuatan masing-masing dimana akhirnya mereka tidak bertarung langsung.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker