Budak lelaki dikhuatiri lemas Lubuk Semilang di Langkawi

Seorang pelajar berusia 15 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Hutan Lipur Lubuk Semilang di sini hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Kedah, Zamani Ismail berkata, mangsa yang belajar di sebuah sekolah agama di Banting, Selangor sedang melawat taman rekreasi itu bersama tujuh rakannya.

“Menurut saksi, mangsa bersama rakannya sedang bermain di kawasan berkenaan tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai.



“Rakan-rakannya cuba menyelamatkannya, tetapi gagal. Saksi segera menghubungi penyelamat kecemasan pada 9.55 pagi selepas gagal mengesan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pasukan penyelamat segera menjalankan pencarian di permukaan untuk mengesan mangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button