Ejen Kosmetik mangsa culik sudah berada di pangkuan keluarga

KOTA BHARU – Seorang wanita ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari ke Thailand selama lebih dua minggu dipercayai tiba di rumahnya Kampung Semat Jal, Tumpat dari Kuala Lumpur semalam.

Menurut sumber, wanita itu kini sudah bertemu dengan ahli keluarga di rumahnya.

Katanya, mangsa dipercayai dibawa pulang ke rumahnya semalam dengan bantuan pihak polis selepas beberapa hari berada di Bukit Aman.

“Difahamkan, Azi masih trauma dan keluarganya tidak membenarkan dia diganggu buat masa ini.



“Mangsa perlu banyak diberi kaunseling untuk menghilangkan tekanan selepas diculik selama lebih dua minggu sejak 13 September lalu,” katanya menurut laporan portak Kosmo.

Wartawan ketika ini sedang menunggu di hadapan rumah Azi, namun keluarganya mengelak untuk ditemubual dan enggan membuka pintu pagar.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, mangsa diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia, Khamis lalu.

Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.



“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air.

“Dalam kes ini, seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

© Kosmo!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker