Dek Kerana Tak Sedia Berdepan PRU, Alasan Demi Alasan Dicipta

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada Isnin bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Namun demikian, sehingga kini pihak lawan memberikan pelbagai sindiran dan tohmakan kepada Barisan Nasional (BN) ekoran pembubaran terbabit lantaran ketidaksediaan mereka mendepani PRU.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hang Tuah Din yakin kerajaan yang sebelum ini diterajui oleh Barisan Nasional (BN) telah siap siaga apa sahaja keadaan sama ada banjir dan sebagainya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

“Alasan demi alasan diberikan pembangkang dan sebenarnya mereka sukar diterima disebabkan tidak bersedia hadapi pilihan raya. Mereka beri pelbagai alasan yang dikemukakan untuk menghalalkan cara supaya pilihan raya tidak akan dilakukan segera.”



Jelas beliau, ini telah terbukti bahawa banjir selalunya akan berlaku awal tahun dan apa yang UMNO inginkan PRU dilaksana sebelum banjir melanda.

“Kita pun tidak tahu banjir akan berlaku bila. Kalau lihat dua tiga tahun lalu kebiasaannya banjir berlaku pada bulan Januari dan Februari. Apa yang UMNO/BN buat selama ini memang bersesuaian diadakan PRU sebelum banjir berlaku.

“Perubahan cuaca yang ada sekarang ini telah mengubah situasi satu dunia. Kita tidak boleh sebenarnya menganggap perkara yang sama setiap tahun kerana ianya berubah dari semasa ke semasa,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Seterus katanya lagi pelbagai alasan diberikan oleh pembangkang agar pilihan raya tidak diadakan dengan segera.



“Sekiranya berlaku banjir semasa kempen PRU sudah tentu rakyat akan terbela mengikut pengalaman-pengalaman yang lalu jangan bimbang dan jangan ragu mengenai pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi,” ujarnya.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker