Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara.

Untuk termasuk dalam golongan yang menjadi harapan bangsa, kumpulan pemuda mestilah berjiwa kental.

Mana mungkin pemuda yang berhati tisu boleh diharapkan untuk menjadi pemimpin pelapis negara untuk masa hadapan.

Terbongkar rupa-rupanya parti MUDA yang diasaskan oleh ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipimpin oleh pemuda yang berhati tisu, termasuk Syed Saddiq.

Tentu kita masih ingat bagaimana Tengku Mahkota Johor (TMJ) pernah menyindir Syed Saddiq berkenaan dengan hati tisu.

Rupa-rupanya, bukan hanya Syed Saddiq sahaja yang berhati tisu, malah pemimpin parti MUDA yang beliau asaskan juga mempunyai hati tisu yang mudah koyak.

Berikut beberapa pengakuan yang dikirimkan kepada penulis mengenai sikap pemimpin MUDA yang tidak boleh ditegur.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Menurut mantan pengarah Biro Pemerkasaan Wanita MUDA Selangor dan juga mantan Ketua Parlimen MUDA Sg Buloh, Farrah Mahmud, tiada kebebasan bersuara dalam MUDA.

Sekiranya pemimpin akar umbi lantang bersuara, akan ada konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin tersebut.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Manakala mantan Ketua Mahasiswa MUDA Pahang yang juga mantan Ketua Parlimen MUDA Kuantan, Danial Jafri juga menyuarakan perkara yang sama.

Sekiranya mereka membuat kritikan dalam mesyuarat atas talian, suara mereka akan disenyapkan, malah dalam grup WhatsApp juga akan disingkirkan.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Marina Ibrahim pula memberitahu, beliau adalah antara mangsa yang telah diambil tindakan kerana membuat kritikan.

Beliau menganggap pemimpin MUDA seperti kanak-kanak yang yang langsung tidak boleh menerima kritikan.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Yeop Amirul pula memberitahu, ada seorang EXCO MUDA peringkat negeri yang beliau anggap tidak boleh menerima teguran.

MUDA Perjuangkan Nasib Anak Muda Dengan Menafikan Suara Anak Muda?

Beliau menceritakan bagaimana beliau telah ‘diblock dan unfriend’ oleh sahabat beliau yang menjadi EXCO MUDA negeri semata-mata kerana beliau bertanya soalan.

Presiden MUDA dilihat cukup bersemangat mengkritik pemimpin parti lain dan beliau juga dilihat kononnya bersungguh-sungguh memperjuangkan anak muda.

Tetapi di sebalik yang tersurat, rupanya di dalam parti beliau sendiri pemimpinnya tidak boleh ditegur, disoal apa lagi dikritik oleh akar umbi.

Bagaimana MUDA mahu memperjuangkan nasib anak muda sekiranya mereka memekakkan telinga dari mendengar suara anak muda.

Atau kata-kata memperjuangkan nasib anak muda hanya sekadar retorik politik supaya pemimpim utama MUDA terus relevan dalam landskap politik negara?

 

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker