Jangan Lupa Kerajaan 22 Bulan Buang Penjawat Awam

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan orang ramai khususnya pengundi untuk terus berhati-hati dalam memilih pemimpin dan kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Dalam hal ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mengaitkan dengan tindakan salah pilih pada PRU lalu yang natijahnya penjawat awam menjadi mangsa.

“Nasib baik mereka (Pakatan Harapan – PH) mentadbir hanya 22 bulan, bayangkan kalau sampai ke hari ni mereka mentadbir tak tahu apa jadilah. Mereka buang pegawai kerajaan.

“Dulu sebelum PRU14 saya dah beritahu hati-hati nak mengundi dan sekarang saya ulang lagi kerana mereka nak buang penjawat awam… Bila mereka menang nak buang penjawat awam, nak tinggalkan 480,000 sahaja daripada 1.6 juta, dia dah lakukan dengan buang penjawat awam,” katanya.

Tegas Tengku Adnan, kepimpinan PH gagal memahami keperluan penjawat awam dan bilangan yang ramai terangkum dari pelbagai sektor.

“Mereka tak faham bahawa daripada 1.6 juta ini adalah termasuk polis, tentera, jururawat dan macam-macam lagi yang menjadikan jumlahnya 1.6 juta, dia nak buang dan kurangkan bilangannya sedangkan kita tahu kepentingan para penjawat awam ini.

“Saya tak fahamlah mereka punya pemikiran… PH tidak ada pengetahuan untuk mentadbir dan tidak faham keperluan bagi negara kita. Inilah masalahnya yang berlaku maka kerana itu mereka hanya mentadbir 22 bulan sahaja,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian ketika berucap dalam majlis santai ketika meraikan Orang Kelainan Upaya Putrajaya yang berlangsung semalam.

Dalam masa yang sama, beliau menzahirkan kesyukuran kerana dengan keadaan hari ini pelbagai aktiviti dapat kembali dijalankan.

“Hari ini keadaan lebih baik dari zaman pentadbiran PH dan Perikatan Nasional (PN yang penuh caca marba namun keadaan yang terbaik memang diperlukan untuk rakyat demi masa hadapan negara.

“Kerana itu, kita mahukan dalam PRU15 nanti pilihlah yang terbaik antara parti-parti yang ada, apatah lagi rakyat dah boleh nilai parti mana yang benar-benar terbukti melaksanakan amanah berbanding mereka yang hanya menimbulkan kekeliruan dan kesusahan,” katanya lagi.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker