Lelaki ditemui tergantung di dapur rumah

Lelaki ditemui tergantung di dapur rumah
Foto hiasan

Lelaki ditemui tergantung di dapur rumah

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di ruang dapur rumahnya di Kuala Kedah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki pada sebelah petang berhubung insiden terbabit.

Beliau berkata, mangsa berusia 19 tahun itu dikatakan dijumpai abangnya yang baru pulang dari laut, kira-kira jam 4 petang.

“Hasil temu bual dengan abang si mati, dia memaklumkan mendapati adiknya berada dalam keadaan tergantung di ruang dapur rumah mereka.

“Mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan bekerja sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pihak ambulans dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kemudian tiba di lokasi untuk pengesahan kematian mangsa pada jam 5.40 petang.

Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, beliau berkata, tempoh kejadian dianggarkan berlaku sekitar jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berdepan masalah ketidakstabilan emosi. Mereka boleh kongsikan masalah atau dilema dihadapi dengan sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Befrienders boleh dihubungi melalui talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Panggilan adalah percuma.

Dua beranak ditemukan tergantung

Lelaki ditemui tergantung di dapur rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker