Senyuman Kelat Muhyiddin Dalam Pertemuan Dengan KJ

Senyuman Kelat Muhyiddin Dalam Pertemuan Dengan KJ

Senyuman Kelat Muhyiddin Dalam Pertemuan Dengan KJ

Akhirnya teka-teki pertemuan antara Khairy Jamaluddin (KJ) dan Muhyiddin berakhir dengan senyuman kelat dari pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Penulis dimaklumkan, pertemuan itu diadakan sebagai respon dari tindakan Anwar Ibrahim menjemput KJ dalam perbincangan halatuju ekonomi negara.

Sebaik sahaja tersebar berita dan gambar KJ duduk semeja dengan Anwar dan beberapa orang pakar ekonomi tersebar, Muhyiddin dikatakan merasa sangat kecewa.

Lalu diaturkan pertemuan antara beliau dengan KJ sebagai bukti bahawa KJ masih berminat untuk menyertai PPBM.

Dan sekiranya berjalan lancar, ia akan digunakan sebagai magnet untuk menarik pengundi muda supaya menyokong PN dalam pilihanraya di 6 negeri.

Tetapi apa yang dirancang dan diharapkan tidak menjadi kenyataan.

KJ tetap dengan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana parti politik untuk masa yang terdekat.

 

Penulis pernah menyiarkan artikel mengenai perkara ini.

Khabar angin mengatakan KJ tidak mempunyai pilihan selain dari menerima tawaran yang diberikan kepada beliau.

Sejauh mana kebenaran berita itu tidak dapat penulis pastikan, namun penulis berpendapat ianya mempunyai asas yang kukuh.

Muhyiddin pula terpaksa menerima keputusan KJ dengan hati terbuka, walau pun mungkin ada yang terbuku.

Cuma penulis tertanya-tanya, apakah nasib Muhyiddin sekarang akan menjadi sama seperti nasib Dr Mahathir?

Segala yang dirancang akan gagal dan satu demi satu onar yang pernah disorokkan terdedah.

Kalau mahukan kepastian, mungkin Muhyiddin boleh menawarkan diri untuk bertanding di dalam pilihanraya negeri yang bakal menjelang.

Kalau Shahidan Kasim pun berani bertanding di PRN Selangor, mengapa tidak Muhyiddin?

Tetapi, beranikah Muhyiddin?

 

Senyuman Kelat Muhyiddin Dalam Pertemuan Dengan KJ

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker