Adakah MYAirlines Hanya Untuk Cuci Duit Haram, Siapa Menteri MITI Yang Berikan Lesen?

 

MYAirlines Hanya Untuk Cuci Duit Haram, Siapa Menteri MITI Yang Berikan Lesen?

Pengumuman syarikat penerbangan tambang murah MYAirlines menggantung semua operasi syarikat berkenaan berkuatkuasa 12 Oktober 2023, memeranjatkan banyak pihak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ternyata berang dengan pengumuman tersebut tanpa sebarang pemakluman awal.

Malah menurut Anthony, pihak Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia (MAVCOM) juga tidak dimaklumkan oleh pihak syarikat.

Anthony menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, apa lagi pihak MYAirlines menghilangkan diri di hari penggantungan operasi berkuatkuasa.



Akibat dari sikap tidak bertanggungjawab tersebut, ianya telah menjejaskan 125,000 orang penumpang yang telah menempah tiket penerbangan.

Ianya melibatkan sebanyak RM20 juta jumlah tempahan tiket yang sudah dibuat oleh pelanggan syarikat tersebut.

Siapa Di Belakang MYAirlines?

 

MYAirline Hanya Untuk Cuci Duit Haram, Siapa Menteri MITI Yang Berikan Lesen?

Pemegang saham terbesar MYAirlines ialah Allan Goh Hwan Hua.

Allan Goh merupakan pemegang saham tunggal terbesar syarikat penerbangan itu.



Zillion Wealth Bhd mempunyai 88% kepentingan ekuiti dalam MYAirlines dan Trillion Cove Holdings Bhd pula sebuah syarikat pinjaman wang dan pembiayaan mempunyai 10% kepentingan.

Kedua-dua syarikat tersebut dimiliki oleh Allan Goh.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MYAirlines, Rayner Teo Kheng Hock memiliki baki 2% saham syarikat penerbangan itu sebelum dikurangkan kepada 0.125%.

Trillion Cove pernah terlibat dalam kes pengubahan wang haram bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Mohamad Madani Sahari.

Mereka didakwa atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.038 juta.

Dan pada tahun 2021, tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas syarikat beliau, i-Serve Online Mall Sdn. Bhd di bawah AMLA.

Jelas sekali, Allan Goh pernah terbabit di dalam beberapa kegiatan penggubahan wang haram.

Bagaimana Lesen Penerbangan Boleh Di Beri Kepada ‘Ahli Perniagaan’ Seperti Allan Goh?

Perkhidmatan penerbangan tambang murah memainkan peranan yang cukup penting dalam industri pelancongan.

Sama ada pelancongan dari luar negara, lebih-lebih lagi pelancongan domestik.

Ia memberikan imej awal kepada perkhidmatan pelancongan negara, terutamanya kepada pelancong dari luar negara.

Sekiranya operasi digantung secara bertanggungjawab, pelanggan boleh menerimanya dengan tenang.

Tetapi apabila dibuat secara tidak bertanggungjawab, apa lagi menghilangkan diri di hari penggantungan operasi berkuatkuasa, ianya boleh menjejaskan industri pelancongan negara.

Agak pelik apabila Menteri Pelancongan, Tiong King Sing, dilihat berdiam diri tanpa sebarang ulasan mengenai isu tersebut.

Petsoalan yang lebih besar adalah, bagaimanakah lesen perkhidmatan dalam sektor yang sangat penting ini boleh diberikan kepada seorang yang mempunyai rekod yang buruk.

Lesen syarikat penerbangan MYAirlines telah diluluskan oleh MITI pada Januari 2022.

Ketika itu, menteri yang menerajui MITI adalah Azmin Ali dari Perikatan Nasional.

Untuk rekod, firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership, firma guaman yang diserbu oleh SPRM baru-baru ini adalah peguam kepada Allan Goh.

Apakah ada unsur rasuah dalam pemberian lesen mengendalikan syarikat penerbangan kepada Allan Goh?

Mengapakah seorang yang mempunyai rekod buruk boleh diberikan lesen syarikat penerbangan tambang murah?

Benarkah ianya merupakan tempat untuk mencuci wang haram?

Pihak SPRM mesti segera menyiasat perkara tersebut!!!

 

Adakah MYAirlines Hanya Untuk Cuci Duit Haram, Siapa Menteri MITI Yang Berikan Lesen?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker