Mira Filzah Kongsi Wajah Penuh Anak Sulung

“Manis Senyum Ikut Mama,” - Umur Masuk 5 Bulan & Comel Bersongkok



Mira Filzah Kongsi Wajah Penuh Anak Sulung

Mira Filzah Kongsi Wajah Penuh Anak Sulung

Pelakon popular, Mira Filzah akhirnya berkongsi wajah penuh putera sulungnya, Wan Khai Amir buat tatapan para peminat.

Perkongsian yang turut dikongsi suaminya, Wan Emir Astar itu dibuat di dalam sebuah hantaran terkini di akaun Instgaram masing-masing.

Sambil menitipkan doa yang baik-baik buat anak tersayang, pasangan ini turut mencoretkan kata sayang yang tiada hujungnya.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air.

“Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,” tulis mereka.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat yang sama-sama teruja turut menitipkan doa yang baik-baik buat Mira seisi keluarga.

Malah tak kurang yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan selain memuji kecomelan wajah anaknya itu.

“MasyaAllah pandainya dia amil gambar, manis senyum ikut mama,” tulis seorang peminat.

“MasyaAllah handsomenya,” tulis seorang peminat lainnya.

“Muka Mira sangat,” teka peminat.

“Comelnya muka macam mama,” peminat lain turut memuji.

“Comelnya sebiji muka Abang Umar dia,” coret seorang peminat lain.

“MasyaAllah cutenya, muka copy mama,” antara komen yang tertera.

Imbas kembali, Mira dan Emir berkahwin pada 2 September 2020 dan selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 10 Mei lalu.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Mira Filzah Kongsi Wajah Penuh Anak Sulung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker