MKT UMNO Sudah Berikan Tarikh Akhir Untuk Ismail Sabri Mengadap Agong

MKT UMNO Sudah Berikan Tarikh Akhir Untuk Ismail Sabri Mengadap Agong

MKT UMNO Sudah Berikan Tarikh Akhir Untuk Ismail Sabri Mengadap Agong

Dalam kenyataan media Setiausaha Agung UMNO dalam mesyuarat MKT UMNO yang lepas, tidak dinyatakan tarikh untuk Ismail Sabri mengadap YDP Agong untuk memohon pembubaran parlimen.

1. Pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini juga.

Berdasarkan keputusan ini, YAB Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada YDP Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Cuma yang dinyatakan secara jelas ialah MKT UMNO mahu supaya PRU 15 diadakan pada tahun ini juga.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/10/01/mesyuarat-mkt-umno-zahrin-di-pecat-pru15-tahun-ini/

Ramai yang tidak berpuas hati dan menganggap UMNO sekali lagi akan diperdaya oleh Ismail Sabri sebagaimana sebelum ini.

Apakah ahli MKT UMNO begitu naif sehingga boleh diperdaya oleh Ismail Sabri berkali-kali?

Sebenarnya bukan begitu.

Akar umbi UMNO mesti faham, kenyataan media yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO itu adalah kenyataan yang akan dibaca oleh umum, termasuk musuh UMNO.

Sekiranya dinyatakan dengan jelas tarikh akhir untuk Ismail Sabri mengedap YDP Agong, ianya boleh diibaratkan UMNO memberikan bola tanggung kepada musuh UMNO.

UMNO akan dituduh sebagai parti yang menjadikan kerajaan sebagai ‘puppet’ untuk memenuhi kehendak beberapa pemimpin UMNO.

Tarikh Akhir Yang Di Tetapkan Olehn MKT UMNO

Jadi, apakah MKT UMNO ada memberikan tarikh akhir kepada Ismail Sabri supaya mengadap YDP Agong?

Dari sumber dalaman UMNO sendiri mengesahkan bahawa tarikh akhir untuk Ismail Sabri mengadap YDP Agong ada diberikan oleh MKT.

Namun atas permintaan beliau, penulis tidak dapat memberikan tarikh yang tepat sebagaimana yang dimaklumkan.

Apa yang dapat penulis nyatakan ialah MKT UMNO ada menetapkan tarikh akhir untuk Ismail Sabri mengadap YDP Agong.

Dan dimaklumkan ianya sekitar pertengahan bulan Oktober 2022.

Dan sekiranya beliau masih lagi enggan, dikhabarkan ada tindakan drastik yang akan diambil oleh MKT UMNO.

Namun penulis difahamkan, kali ini Ismail Sabri sudah memberikan komitmen.

Ini memandangkan beberapa ahli MKT UMNO yang sebelum ini sehaluan dengan beliau telah dilihat membuat ‘u-turn’.

Diharapkan kali ini Ismail Sabri mengotakan janji beliau.

Kerana UMNO sendiri sebenarnya cuba mengelakkan untuk mengambil tindakan terhadap Ismail Sabri.

 

MKT UMNO Sudah Berikan Tarikh Akhir Untuk Ismail Sabri Mengadap Agong

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker