PDRM memohon bantuan awam mengesan Thomas Francis, 36, bagi satu perbicaraan kes bunuh yang akan berlangsung pada 5 Oktober dan 29 November ini. – Foto ihsan PDRM

Polis mohon bantuan kesan saksi perbicaraan kes bunuh
PDRM memohon bantuan awam mengesan Thomas Francis, 36, bagi satu perbicaraan kes bunuh yang akan berlangsung pada 5 Oktober dan 29 November ini. – Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan awam mengesan seorang saksi bagi satu perbicaraan kes bunuh yang akan berlangsung pada 5 Oktober dan 29 November ini.

PDRM dalam kenyataan, berkata saksi dikenali sebagai Thomas Francis, 36, adalah saksi penting dalam membantu perbicaraan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang akan diadakan di Mahkamah Tinggi Klang, Selangor.

Katanya, usaha mengesan saksi itu juga sedang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk memastikan lelaki berkenaan hadir dalam perbicaraan itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ada terlihat penama seperti dalam gambar dipaparkan diminta menghubungi pihak polis untuk menyalurkan maklumat.

“Maklumat boleh disalurkan terus dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah BSJ Klang Selatan, Asisten Superintendan Md Shahrul Md Salleh di talian 019-7769548,” katanya.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Polis mohon bantuan kesan saksi perbicaraan kes bunuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker