166 rakyat Afghanistan maut akibat cuaca sejuk melampau

166 rakyat Afghanistan maut akibat cuaca sejuk melampau

166 rakyat Afghanistan maut akibat cuaca sejuk melampau
SERAMAI 166 kematian dilaporkan akibat cuaca terlalu sejuk di Afghanistan.-AGENSI

KABUL: Kementerian Pengurusan Bencana memaklumkan terdapat pertambahan 88 kematian rakyat Afghanistan dilaporkan sepanjang minggu lalu disebabkan cuaca sejuk melampau, menjadikan jumlah angka korban meningkat kepada 166 orang.

Berdasarkan data yang diberikan, jumlah angka korban itu membabitkan mereka di 24 wilayah.

Pegawai kementerian itu, Abdul Rahman Zahid dalam satu kenyataan videonya memaklumkan, kebanyakan kematian yang dilaporkan itu berpunca daripada kejadian banjir, kebakaran dan kebocoran gas daripada pemanas yang digunakan oleh penduduk untuk memanaskan kediaman mereka.



Dianggarkan 100 rumah musnah dan rosak manakala 80,000 ternakan serta komoditi penting bagi golongan miskin di Afghanistan turut mati akibat kesejukan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu ini berkata, sebanyak 17 orang meninggal dunia di sebuah kampung di wilayah Badakhshan akibat jangkitan pernafasan akut teruk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Tambahnya, cuaca yang sangat buruk itu turut menghalang bantuan dari sampai ke kawasan berkenaan.
Sejak 10 Januari lalu, Afghanistan menghadapi cuaca sejuk melampau dengan suhu serendah -33 darjah Celsius berserta dengan ribut salji yang menebal sehingga berlakunya gangguan elektrik yang lebih kerap.

Bantuan asing yang diterima semakin berkurangan secara mendadak sejak aset daripada bank pusat dirampas oleh Amerika Syarikat yang menambahkan lagi krisis kemanusiaan paling teruk di dunia dihadapi oleh penduduk Afghanistan.



Kerajaan Taliban sebelum ini melarang wanita Afghanistan untuk bekerja dalam sektor kemanusiaan, menyebabkan beberapa pihak terpaksa menangguhkan operasi.

Bagaimanapun, kerajaan berkenaan menarik balik larangan itu dan memberikan pengecualian kepada pekerja dalam sektor kesihatan, sekali gus organisasi yang menghentikan operasi sebelum ini memulakan kembali program mereka. –AFP

Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?



166 rakyat Afghanistan maut akibat cuaca sejuk melampau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button