Rusuhan bola sepak: Indonesia kedua terburuk dunia

Rusuhan bola sepak: Indonesia kedua terburuk dunia

Rusuhan bola sepak: Indonesia kedua terburuk dunia

JAWA TIMUR: Republik ini memecah rekod sebagai negara kedua paling banyak mencatatkan kes kematian ketika perlawanan bola sepak dalam sejarah dunia.

Sehingga kini, seramai 182 dilaporkan terkorban termasuk dua anggota polis di Stadium Kanjuruhan selepas penyokong Arema mengamuk pasukan mereka kalah dan masuk ke dalam padang untuk membuat kekacauan.

Kes kematian paling ramai pernah direkodkan pada tahun 1964 melibatkan 328 kematian semasa perlawanan bola sepak di Stadium Estadio Nacional, Lima, Peru.



Ketika itu, pasukan Argentina menewaskan Peru dalam perlawanan kelayakan Olimpik.

Kekecohan tercetus apabila pengadil membatalkan gol Peru ketika perlawanan berbaki dua minit lagi.

Tragedi 9 Mei 2001 di Accra Sport Stadium Ghana pula, mengorbankan 126 peminat bola sepak ketika perlawanan Liga Perdana Ghana antara tuan rumah Hearts of Oak dan Asanten Kotoko.

England memegang rekod sebagai negara keempat di dunia yang menyebabkan 96 penyokong maut dan ratusan lain cedera.



Insiden itu tercetus semasa separuh akhir Piala FA antara Liverpool dan Nottingham Forest di Stadium Hilssborough, 15 April 1989.

Keadaan stadium yang berkapasiti 39,000 orang ketika itu dikatakan terlampau sesak untuk orang ramai menyaksikan perlawanan tersebut.-AGENSI

Banjir kilat antara terburuk dalam 2 tahun

Rusuhan bola sepak: Indonesia kedua terburuk dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker