Ucapan Aliff Aziz Untuk Isterinya Raih Pujian

Saya Bertemu Awak Ketika Hampir Putus Asa

Ucapan Aliff Aziz Untuk Isterinya Raih Pujian

Ucapan Aliff Aziz Untuk Isterinya Raih Pujian
Ucapan Aliff Aziz Untuk Isterinya Raih Pujian

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi asal Singapura ini, Mohammad Aliff Aziz atau lebih dikenali sebagai Aliff Aziz. Dia memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian pada tahun 2007, kemudia berkecimpung pula dalam bidang lakonan.

Aliff Aziz mendapat tempat di hati peminat di Malaysia selepas bakat lakonannya banyak disiarkan di kaca televisyen tempatan. Selain itu juga, Aliff Aziz telah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi wanita yang berasal dari Sandakan Sabah serta mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Isteri Dan ibu Yang Terbaik!

Seperti yang kita ketahui bahawa perjalanan rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astilah banyak liku-liku yang mencabar sehinggakan tular beberapa isu terdahulu. Namun atas cinta dan kasih sayang, hubungan mereka kekal utuh sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Aliff Aziz memuat naik beberapa keping gambar beserta kapsyen mengenai isterinya di laman media sosial instagram miliknya yang telah meraih perhatian ramai.

“Dulu girlfriend sekarang isteri berjumpa ketika saya di fasa putus asa dalam kehidupan dan hadirnya dia. Terima kasih untuk cinta, kasih sayang, dan kecekalan serta dua orang cahaya mata yang telah kamu lahirkan ke dunia”

“Berkahwin selama 7 tahun, kenal hampir 10 tahun. Banyak turun naik dan kamu masih setia berada di samping saya”-kata Aliff Aziz

Rata-rata ramai yang memuji pasangan tersebut kerana bukan mudah untuk kekal sehingga ke hari ini kerana banyak dugaan yang melanda mereka sebelum ini.

“Alhamdulillah, perjalanan yang tidak sempurna namun berjaya ditempuhi.Sama-sama insyaallah. Sayang kamu juga”-Kata Bella Astillah

“Aminnn, Alhamdulillah, semoga Allah melindungi rumahtangga kamu berdua dari orang ketiga dan hubungan suami isteri kekal hingga jannah”

“Jaga Bella sebaiknya walaupun terpaksa gadai nyawa. dia wanita yang sangat limited dan special. Doa isteri jadi pembuka rezeki suami. hargai dia dan anak-anak”

“Alhamdulillah, bukan mudah nak sampai ke tahap ni. Semoga bahagia ke akhir hayat”-kata mereka

Ucapan Aliff Aziz Untuk Isterinya Raih Pujian
VIA INSTAGRAM

Apa-apa pun, sama-sama doakan agar kehidupan kita peroleh keberkatan serta keredhaan dari yang Maha Esa.

Ucapan Aliff Aziz Untuk Isterinya Raih Pujian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin ‘lantik’ Menteri Besar Pahang baru ganti Wan Rosdy

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker