Suruhanjaya Siasatan DiRaja wajar siasat Tommy Thomas

Sekat perjalanan luar negara yang terlibat

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Suruhanjaya Siasatan DiRaja wajar siasat Tommy Thomas

 

Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) wajar ditubuhkan bagi menyiasat bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berikutan laporan petugas khas mengenai buku beliau.

Menurut laporan petugas khas, terdapat 19 isu penting di dalam buku bertajuk “My Story: Justice in The Wilderness” yang dikategorikan kepada 4 kategori utama.

Suruhanjaya Siasatan DiRaja wajar siasat Tommy Thomas

Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mengarahkan agar siasatan dilakukan di bawah seksyen berikut,

  • Seksyen 124 (1) & Seksyen 203A Kanun Keseksaan
  • Seksyen 4 Akta Hasutan 1948
  • Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Bagaimanapun, kerajaan wajar mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja, berikutan penglibatan beberapa nama yang diakui sendiri Tommy terlibat dalam skandal 1MDB.

Ini sangat penting untuk rakyat mengetahui siapa sebenarnya dalang utama dalam skandal tersebut dan Mahkamah boleh memutuskan bentuk hukuman sewajarnya.

“I have known Thomas since the 1980s. We even found ourselves on the same side during my infamous 1998 sacking and the malicious persecution that followed, which underlined our belief that Malaysia’s judiciary had been compromised. Closer ties only started after my release from Sg Buloh (Prison) in 2004.” – Anwar Ibrahim – The Vibes 9Februari 2021

Bukan sahaja siasatan perlu dijalankan, malah pasport antarabangsa Tommy juga perlu disekat sebagai langkah berjaga-jaga. Sewajarnya nama-nama yang ditulis didalam buku Tommy juga perlu disekat dari keluar negara bagi menyelesaikan siasatan.

Ini termasuk nama-nama ahli politik yang digugurkan kes di Mahkamah ketika Tommy menjadi Peguam Negara.

Adakah kerajaan akan bertindak tegas dalam hal ini? Rakyat serta dunia memerhatikan skandal ini dengan penuh minat dan apa yang tertulis dalam buku Tommy juga merupakan dakwaan serius yang perlu diambil tindakan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker