Syarat UMNO Kepada PAS Sekiranya Ikhlas Mahu Hidupkan Kembali Muafakat Nasional

Syarat UMNO Kepada PAS Sekiranya Ikhlas Mahu Hidupkan Kembali Muafakat Nasional

Syarat UMNO Kepada PAS Sekiranya Ikhlas Mahu Hidupkan Kembali Muafakat Nasional

Pertemuan antara presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dan presiden PAS, Hadi Awang pada 17 September lalu terus menjadi tandatanya.

Apakah ada hasil yang positif dalam pertemuan empat mata itu?



Adakah apa-apa persetujuan telah dicapai antara kedua-dua presiden parti tersebut?

Atau adakah pertemuan itu tidak mendatangkan apa-apa hasil yang diharapkan oleh perancang pertemuan itu?

Sebelum menyatakan hasil pertemuan tersebut, terlebih dahulu adalah penting untuk penulis menjelaskan bahawa pertemuan itu diminta oleh pihak PAS dan bukannya UMNO.

Ianya penting supaya tidak ada pihak yang menuduh kononnya UMNO terlalu angkuh kerana meletakkan syarat untuk berkerjasama semula dengan PAS.



Presiden UMNO sebenarnya telah memberikan kenyataan mengenai pertemuan empat mata tersebut.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/pfbid033sTbp1tgqKeea9adiBmNdtKTE9CWv8x2RAzDVH977HmznZ9K9GMWrP2SQknqN5TDl

Ada 3 syarat utama yang UMNO berikan kepada PAS sebelum UMNO bersetuju untuk berkerjasama semula dengan PAS dalam PRU 15.



Syaratnya seperti berikut:

  1. PAS mesti bersetuju untuk meninggalkan PPBM
  2. PAS mesti bersetuju untuk menghentikan apa juga bentuk kerjasama dengan PPBM
  3. PAS mesti mengisytiharkan bermufarakah dengan PPBM

Ada yang mempersoalkan, apakah perlu UMNO meletakkan syarat supaya Muafakat Nasional dihidupkan kembali?

Jawapannya perlu kerana PPBM secara jelas sudah mengumumkan bahawa tujuan sebenar penubuhan PPBM adalah untuk membunuh UMNO.

Niat PPBM tidak pernah berubah sejak dahulu, kini dan selamanya dan ianya dapat dilihat apabila Presiden PPBM mengisytiharkan BN adalah musuh utama mereka.



Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin-isytihar-musuh-utama-pn-adalah-bn-382600

Ada pula yang mempersoalkan, bukankah menghidupkan semula Muafakat Nasional akan dapat menyatukan bangsa Melayu.

Ikhlas Dalam Kerjasama Tanpa Ada Niat Yang Terselindung

Benar, menghidupkan semula Muafakat Nasional dapat membuka pintu penyatuan dengan lebih besar.



Tetapi cuba kita lihat semula sejarah, parti manakah yang terlebih dahulu mengkhianati piagam Muafakat Nasional?

Tidak perlu penulis ulas dengan panjang lebar mengenai perkara itu kerana sekiranya kita merenung fakta sejarah dengan rasional dan dengan matahati terbuka, kita akan menemui jawapannya.

Syarat yang diberikan UMNO tidak boleh dilihat sebagai menekan PAS sekiranya PAS ikhlas mahu menghidupkan semula Muafakat Nasional.

Dalam kerjasama politik yang berpaksikan keikhlasan dan kejujuran, tidak ada ruang untuk istilah bermain dua kolam.



UMNO hanya mahu memastikan bahawa tidak dikhianati untuk kali kedua.

Sekiranya berlaku kerjasama dengan PAS, sudah pasti UMNO tidak mahu PAS sekali lagi mengkhianati semangat kerjasama politik dengan kembali kepada PPBM.

Sekiranya itu berlaku, sudah pasti yang akan rugi adalah UMNO.

Ini adalah kerana, sekiranya berlaku kerjasama dengan PAS, sudah pasti UMNO akan menyerahkan beberapa kerusi yang diyakini boleh menang kepada PAS.

Dan sekiranya PAS membawa kerusi yang telah dimenangi kepada PPBM, sudah pasti kedudukan BN akan menjadi sangat lemah di dalam Dewan Rakyat.

Oleh itu, terpulang kepada PAS sama ada mahu bersetuju dengan syarat UMNO atau tidak.

Perlu diingatkan, yang merancang pertemuan itu adalah PAS dan bukannya UMNO.

Namun bagi penulis, adalah lebih elok dan selamat sekiranya kerjasama dengan PAS hanya dilakukan selepas PRU 15.

Lebih selamat dan ianya menjadi cerminan kepada kekuatan sebenar parti masing-masing.

 

Syarat UMNO Kepada PAS Sekiranya Ikhlas Mahu Hidupkan Kembali Muafakat Nasional

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button