Terhidu ammonia bocor, pekerja kilang tidak sedarkan diri



Terhidu ammonia bocor, pekerja kilang tidak sedarkan diri
Anggota bomba berada di lokasi kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di Batu 6 Jalan Kuala Kedah, di sini. – Foto ihsan Bomba

Terhidu ammonia bocor, pekerja kilang tidak sedarkan diri

ALOR SETAR: Seorang pekerja sebuah kilang di Batu 6, Jalan Kuala Kedah, di sini, ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terhidu gas ammonia yang bocor, hari ini.

Mangsa bagaimanapun diselamatkan pasukan bomba yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kebocoran gas di lokasi berkenaan jam 6.18 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Zulkifli Abd Azis tiba di lokasi tidak lama kemudian.

 

“Setibanya di lokasi kejadian Komander Operasi melakukan pemantauan di kawasan itu dan mendapati terdapat bau gas yang dipercayai gas ammonia yang sangat kuat di situ.

“Beliau kemudian mengarahkan anggota memakai alat pernafasan dan membuka satu aliran hos serta membuat ‘fire curtain’ bagi menghampiri kawasan kilang untuk mengenal pasti punca kebocoran,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mohamadul Ehsan berkata, mangsa, Maryudi Md Kassim, 43, tidak sedarkan diri di kawasan kilang dan berjaya dibawa keluar untuk diberikan rawatan awal.

Beliau berkata, pasukan dari Unit Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Kulim Hitech dipanggil untuk membantu, selain anggota polis dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa kemudian dihantar ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini kerja pemantauan sedang dilakukan oleh pihak HAZMAT di lokasi kejadian, ” katanya.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Terhidu ammonia bocor, pekerja kilang tidak sedarkan diri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker