Wanita parah ATV dinaiki jatuh dari tebing air terjun

Wanita parah ATV dinaiki jatuh dari tebing air terjun Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi - Oktober 1, 2022 @ 8:25pm bhnews@bh.com.my Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa yang parah selepas ATV dinaiki terjatuh dari tebing air terjun petang tadi. Foto ihsan bomba Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa yang parah selepas ATV dinaiki terjatuh dari tebing air terjun petang tadi. Foto ihsan bomba TAIPING: Seorang wanita parah, manakala rakannya terselamat selepas kenderaan jenis All Terrain Vehicle (ATV) yang dinaiki terjatuh dari tebing air terjun di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau, di sini, petang tadi.  Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan pada jam 2.27 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.  "Setibanya di lokasi, pasukan kita mendapati sebuah ATV terjatuh dari tebing air terjun ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan mereka.  "Difahamkan pemandu ATV hilang kawalan dan mangsa bersama kenderaan yang dinaiki terjatuh dari tebing, menyebabkan seorang mangsa parah pada bahagian kepala dan mulut, manakala pemandu tidak cedera dan selamat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.  DISYORKAN UNTUK ANDA Pemandu lori maut, 7 polis parah nahas 4 kenderaan 2 parah dalam kemalangan 3 kenderaan Ibu, anak parah, kereta bertembung lori Murid maut digilis treler, ibu cedera  Katanya, pihaknya memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan kemudian membawanya naik ke tebing menggunakan pengusung.  "Mangsa yang parah dikenali sebagai Nurhanis Zulaikha Zamri,23, diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 3.08 petang," katanya.
Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa yang parah selepas ATV dinaiki terjatuh dari tebing air terjun petang tadi. Foto ihsan bomba

Wanita parah ATV dinaiki jatuh dari tebing air terjun

TAIPING: Seorang wanita parah, manakala rakannya terselamat selepas kenderaan jenis All Terrain Vehicle (ATV) yang dinaiki terjatuh dari tebing air terjun di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan pada jam 2.27 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, pasukan kita mendapati sebuah ATV terjatuh dari tebing air terjun ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan mereka.

“Difahamkan pemandu ATV hilang kawalan dan mangsa bersama kenderaan yang dinaiki terjatuh dari tebing, menyebabkan seorang mangsa parah pada bahagian kepala dan mulut, manakala pemandu tidak cedera dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Mangsa yang parah dikenali sebagai Nurhanis Zulaikha Zamri,23, diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 3.08 petang,” katanya.

Polis Israel tembak mati penduduk Palestin di Tebing Barat

Wanita parah ATV dinaiki jatuh dari tebing air terjun

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker