2022 tahun paling ‘berdarah’ buat rakyat Palestin, 100 maut ditembak Zionis

2022 tahun paling ‘berdarah’ buat rakyat Palestin, 100 maut ditembak Zionis
RIBUAN rakyat mengiringi jenazah remaja Palestin yang maut ditembak tentera Israel di Nablus, Tebing Barat.-AFP

2022 tahun paling ‘berdarah’ buat rakyat Palestin, 100 maut ditembak Zionis

BAITULMUQADDIS: Angka 2022 merupakan tahun paling berdarah untuk rakyat Palestin sejak 2015 apabila mereka terus menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh Zionis Israel.

Sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur akibat serbuan besar-besaran tentera Israel.

Mangsa yang maut melibatkan kanak-kanak, remaja, rakyat biasa, aktivis, peserta protes dan pejuang Hamas yang didakwa membaling batu atau bom petrol.

Angka itu bertambah apabila seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut ditembak di Baitulmuqaddis Timur, Sabtu lalu, selepas tentera Zionis menembak peluru berpandu antikereta kebal di Jenin.

Insiden tersebut turut menyebabkan seorang lelaki bersenjata dan tiga individu lain terbunuh.

Ketika kumpulan hak asasi manusia menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat, angka menunjukkan hampir satu perlima rakyat Palestin yang terbunuh adalah kanak-kanak dengan mangsa paling termuda berusia 14 tahun.

Amerika Syarikat pula menggesa siasatan segera dijalankan terhadap kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun selepas mengalami masalah kegagalan jantung berfungsi.

Insiden berlaku selepas tentera Israel menyerbu rumah keluarga itu selepas menuduh abangnya membaling batu.

Pihak tentera menafikan hubung kait serbuan itu dengan kematian kanak-kanak tersebut.

MANGSA TERMUDA

Rakyat Palestin paling muda terbunuh di Tebing Barat ialah Mohammad Salah yang berusia 14 tahun.

Remaja itu meninggal dunia selepas ditembak tentera berhampiran pagar penghadang yang memisahkan Israel di selatan Baitulaham.

Pembunuhan warga emas berusia 80 tahun pula merekodkan sebagai kes kematian melibatkan mangsa paling tua dalam insiden berasingan.

Rakyat Palestin, Omar Assad meninggal dunia akibat serangan jantung selepas diikat di sebuah kampung oleh tentera Zionis, Januari lalu.
Menjelang pertengahan Mac lalu, seramai 20 rakyat Palestin terbunuh sebelum gelombang keganasan maut berlaku.

Ogos lalu, seramai 49 rakyat Palestin turut terbunuh di Semenanjung Gaza susulan peningkatan ketenteraan antara Israel dengan Jihad Islam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Senarai 100 kematian itu bagaimanapun belum termasuk rakyat Palestin yang terbunuh tahun ini ketika melakukan serangan di dalam Israel.

Semasa musim bunga, serangan bertubi-tubi menyaksikan sehingga 16 warga Israel dan dua warga asing terbunuh.

Tentera Israel bahkan kerap melakukan serbuan hampir setiap malam di Tebing Barat.

Israel pula sering menggunakan alasan menentang ancaman keganasan yang dikatakan semakin meningkat.

Serbuan itu kerap mencetuskan pertempuran dengan pejuang bersenjata di kawasan padat penduduk di Jenin dan Nablus.

Analisis mengenai jumlah kematian rakyat Palestin berdasarkan pelbagai sumber termasuk liputan BBC di lapangan, laporan media serantau, kenyataan rasmi yang dirujuk serta laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan agensi PBB.

JENAYAH PERANG

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menerusi kenyataan memberi alasan pihak mereka menggunakan tembakan secara langsung selepas tiada pilihan lain sebagai tindak balas kepada ‘rusuhan ganas dan tindakan melampau setiap hari’.

“Dalam kes kematian seorang warga Palestin akibat aktiviti IDF, siasatan jenayah Polis Tentera dijalankan secara am bagi menyiasat punca kejadian.

“Bagaimanapun, siasatan jenayah tidak dilancarkan segera selepas operasi itu disifatkan sebagai pertempuran sebenar,” katanya.

Ogos lalu, Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet berkata, kebanyakan kes adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa dengan hampir ‘tiada akauntabiliti langsung’.

Kumpulan Hak Asasi Manusia berkata, pihaknya akan berusaha menjalankan siasatan dan mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung tuduhan jenayah perang.

Persatuan Bolasepak Malaysia kena ‘kencing’?

2022 tahun paling ‘berdarah’ buat rakyat Palestin, 100 maut ditembak Zionis

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah Siasatan Terhadap Tommy Thomas Akan Menjadi Seperti Siasatan Kes Nazlan, Zeti Dan Taufiq Ayman?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker