Marquez tak bernafsu buru gelaran juara dunia

Phillip Island: Marc Marquez berkata dia ‘tidak obses’ untuk memenangi satu lagi gelaran juara dunia MotoGP ketika ini selepas mendapat motivasi baharu.

Bagaimanapun katanya ia boleh berubah pada masa hadapan selepas dia mendakwa masih berada pada tahap terbaiknya.

Juara dunia lapan kali itu yang menjalani pembedahan bahu kanan keempatnya sejak 2020, cemerlang sejak kembali beraksi.

Sejak beraksi di saingan MotoGP pada 2013, Marquez begitu teruja untuk meraih kemenangan namun selepas melalui tempoh dua tahun yang sukar, tahap motivasinya agak menurun.

Bercakap kepada MotoGP.com, Marquez berkata: “Saya tahu apa yang saya capai sebelum alami kecederaan tetapi sekarang saya tidak kisah. Saya akan memikirkannya apabila saya bersara.

Contohnya sekarang apabila kami melepasi Q2, kami raikannya. Jika menduduki baris kedua atau ketiga, kami tetap raikan.

“Anda tidak boleh berada di puncak sepanjang masa. Anda akan mengalami pasang surut. Ramai legenda pada masa lalu mengalami kecederaan teruk. Contohnya, saya banyak bercakap dengan Mick Doohan.

“Tanpa kecederaan kaki yang dialaminya, berapa banyak agaknya kejuaraan dunia yang Doohan boleh menangi. Tapi akhirnya apa yang dilakukannya sangat menakjubkan.

“Sekarang saya mempunyai motivasi baharu. Saya tidak taksub untuk memenangi satu lagi kejuaraan dunia tetapi ia boleh berlaku pada masa depan.”

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker