Pempengaruh lelaki cipta nama jadi ‘gadis’ cosplay comel

Pempengaruh lelaki cipta nama jadi ‘gadis’ cosplay comel

Pempengaruh lelaki cipta nama jadi 'gadis' cosplay comel
HIMENII dengan penampilan ‘gadis’ cosplay. FOTO Agensi

Tokyo: Pempengaruh lelaki di Jepun, Himenii, mencipta nama selepas tampil sebagai ‘gadis’ cosplay berwajah comel.

Bakat Himenii diakui luar biasa dan dikenali kerana video lucu sama ada ketika berinteraksi dengan khalayak ramai, bercakap kuat sambil menyamar sebagai seorang gadis, atau membuat lakaran pentas yang dirakam oleh rakan.

Dalam temu bual dengan Majalah R25, Himenii berkata, dia sukakan pakaian wanita, bagaimanapun ibu bapa mendesaknya untuk jadi lebih maskulin.



Ia menyebabkan Himenii memberontak dan mula menyamar sebagai seorang gadis.Berita menarik menerusi E-

Bagi Himenii, semakin ibu bapanya cuba menyekat kebebasannya, lebih kuat keinginannya untuk berpakaian seperti seorang wanita.

Selepas mendapat kerja sambilan di sekolah menengah, Himenii mula membeli pakaian wanitanya sendiri.

Himenii tidak berasa segan apabila berdandan sebagai seorang gadis, sebaliknya mengatakan memakai pakaian wanita adalah ‘permainan paling jantan’ yang hanya boleh dimainkan oleh lelaki sejati.



Dia menganggap dirinya lelaki dan mempunyai teman wanita tetapi berasa lebih baik apabila memakai pakaian wanita.

Ia kerana dia melihat pakaian lelaki membosankan dan tidak menarik, sebaliknya memakai pakaian cosplay perempuan memberinya lebih keselesaan.

Pempengaruh lelaki cipta nama jadi ‘gadis’ cosplay comel


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button