Adakah Siasatan Terhadap Tommy Thomas Akan Menjadi Seperti Siasatan Kes Nazlan, Zeti Dan Taufiq Ayman?

Adakah Siasatan Terhadap Tommy Thomas Akan Menjadi Seperti Siasatan Kes Nazlan, Zeti Dan Taufiq Ayman?

Adakah Siasatan Terhadap Tommy Thomas Akan Menjadi Seperti Siasatan Kes Nazlan, Zeti Dan Taufiq Ayman?

Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat kes Tommy Thomas sudah pun dibentangkan kepada kabinet.

Dalam laporan siasatan tersebut, Jawatankuasa Siasatan telah menyenaraikan 19 dapatan yang membuktikan terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh Tommy Thomas sepanjang menjadi Peguam Negara.

Pelbagai pihak menuntut supaya laporan tersebut didedahkan kepada umum.

Baca di sini:

https://umno-online.my/2022/09/30/tommy-thomas-akan-disiasat-kerajaan-wajar-dedahkan-siasatan-petugas-khas-puad-zarkashi/

Namun ianya dengan segera mendapat respon dari Jabatan Peguam Negara.

Peguam Negara secara jelas telah meminta kerajaan supaya tidak mendedahkan hasil laporan Jawatankuasa Siasatan kepada umum.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/26/apa-alasan-jabatan-peguam-negara-syorkan-lapuran-tommy-thomas-tidak-di-dedahkan/

Alasan yang digunakan oleh Peguam Negara adalah jawatankuasa tersebut dilantik oleh kabinet.

Pada pandangan penulis, ianya wajar didedahkan kerana tidak ada satu pun dapatan tersebut yang mempunyai kaitan dengan keselamatan negara.

Logikanya, sekiranya laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung LCS boleh dinyahklasifikasikan, mengapa tidak laporan Tommy Thomas.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/989518/laporan-jkstupkk-lcs-dinyahklasifikasikan

Menyahklasifikasikan laporan JKSTUPKK berarti negara telah mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada umum.

Penulis tidak nampak laporan Jawatankuasa Siasatan Tommy Thomas ada sebarang kaitan dengan keselamatan negara.

Apa Kesudahan Kertas Siasatan Kes Tommy Thomas?

Benar, Ismail Sabri sudah mengarahkan pihak tertentu untuk memulakan siasatan terhadap Tommy Thomas berasaskan dapatan jawatankuasa tersebut.

Dilaporkan siasatan akan dilakukan di bawah:

  • Seksyen 124(I) Kanun Keseksaan – penyebaran laporan palsu
  • Seksyen 4 Akta Hasutan 1948
  • Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Baca di sini:

https://www.utusanborneo.com.my/2022/09/30/pm-ismail-sabri-arah-siasatan-lanjut-ke-atas-tommy-thomas

Persoalannya, sejauh mana ianya akan berkesan dalam membersihkan campurtangan politik di dalam sistem perundangan Malaysia?

Beberapa kes berprofil tinggi yang sudah disiasat dan didapati ada asas yang kukuh untuk membuat pendakwaan masih lagi tidak diketahui statusnya sehingga kini.

Kes Zeti Akhtar Aziz, kes Taufiq Ayman dan terkini kes Hakim Nazlan masih lagi menjadi tandatanya apa kesudahan terhadap kes tersebut.

Kes Zeti Akhtar Aziz dan kes Taufiq Ayman secara jelas mendapat perakuan dari pihak berkuasa dari 2 negara mengenai adanya kemasukan wang 1MDB di dalam akaun mereka.

Dan ianya bukan sekadar kenyataan media biasa, tetapi disertakan sekali dengan ‘money trail’ sebagai bukti.

Laporan polis juga telah dibuat oleh beberapa pihak kepada PDRM dan SPRM.

Namun hingga ke hari ini, kita masih lagi tidak tahu apa status kes tersebut.

Persoalan yang lebih besar timbul dalam siasatan terhadap kes Hakim Nazlan.

SPRM menyatakan sudah melengkapkan siasatan dan menyerahkannya kepada pihak Jabatan Peguam Negara berserta bukti kukuh.

Dan Peguam Negara sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kertas siasatan itu sedang diteliti oleh pihaknya.

Namun 3 bulan selepas itu, tiba-tiba Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa kertas siasatan itu tidak berada di tangan Jabatan Peguam Negara.

Jangan Biarkan Kedaulatan Undang Undang Di Caturkan Pihak Tertentu

Bukan rakyat sudah tidak mempercayai kredibiliti dan integriti pihak berkuasa yang melakukan siasatan dan pendakwaan.

Cuma tindakan dan sikap mereka menimbulkan persepsi negatif terhadap kredibiliti dan integriti mereka.

Oleh itu, untuk memastikan prinsip Kedaulatan Undang Undang dapat dijunjung sepenuhnya, maka sangat wajar Suruhanjaya Siasatan Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kes Tommy Thomas.

Kita pasti tidak mahu melihat kertas siasatan kes Tommy Thomas menerima nasib yang sama seperti kertas siasatan kes Zet Akhtar Aziz, Taufiq Ayman dan Hakim Nazlan!!!

 

Adakah Siasatan Terhadap Tommy Thomas Akan Menjadi Seperti Siasatan Kes Nazlan, Zeti Dan Taufiq Ayman?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker