Pejabat LHDN di kompleks bangunan kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim ditutup mulai esok


Gambar fail

03/01/2021 11:49 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Beberapa pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim di sini akan ditutup sementara mulai esok bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan tiga pejabat ditutup untuk esok sahaja iaitu Cawangan Siasatan Duta – Blok 8; Cawangan Duta (Penggajian) – Blok 8A dan Cawangan Guaman Kuala Lumpur – Blok 10.



Bagaimanapun Cawangan Tidak Bermastautin – Blok 8; Cawangan Industri Khas – Blok 8; Pusat Bayaran Kuala Lumpur – Blok 8 A (kecuali kaunter bayaran di Aras Tanah beroperasi seperti biasa), manakala Cawangan Duta (Perniagaan) – Blok 10 akan ditutup esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu pelanggan dinasihatkan melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian bagi tempoh berkenaan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker