Anwar tiada idea, tawar manifesto kitar semula

Harap idea Rafizi Ramli untuk 'kelentong' rakyat?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Anwar tiada idea, tawar manifesto kitar semula

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan beliau sebenarnya tiada idea untuk ditawarkan kepada rakyat sebagai manifesto PRU15.



Masih berpegang kepada manifesto kitar semula, Anwar cuma menambah perisa bagi menampakkan manifesto tersebut idea baru dari beliau.

Pada PRU14, manifesto yang menawarkan penghapusan tol, bayaran PTPTN terbukti gagal dilaksanakan selepas Pakatan Harapan memerintah. Malah, pelbagai alasan diberikan untuk mengalih tuntutan rakyat supaya manifesto ditepati.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenal pasti 36 dasar yang perlu diberi keutamaan dalam usaha mewujudkan Malaysia yang lebih baik, termasuk memansuhkan bayaran tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), khusus untuk golongan B40. – Anwar Ibrahim – Berita Harian – 2 Oktober 2022

 



Berdasarkan perkembangan tawaran Anwar ini, tidak mustahil sekiranya golongan sasaran PH kali ini akan tertipu sekali lagi.

Cadangan dasar yang dimasukkan Anwar ke dalam ‘SCRIPT-For a Better Malaysia’ ini dipercayai tidak mengupas semua ‘idea’ dengan pandangan ekonomi dan kesan jangka panjang terhadap sosio kehidupan rakyat dalam realiti.

Anwar tiada idea, tawar manifesto kitar semula

Siapa tidak kenal Anwar Ibrahim yang terkenal dengan retorika mengagumkan semua rakyat? Jika masih ingat, tawaran menurunkan harga minyak petrol antara bahan jaja Anwar berceramah.



Pelancaran buku atau manifesto daripada Anwar Ibrahim setakat ini hanyalah angan-angan ‘Mat Jenin’ kerana semua tahu ekonomi bukanlah ‘forte’ Anwar melainkan sastera.

Mungkinkah beliau hanya bergantung kepada idea-idea Rafizi Ramli untuk menampilkan manifesto malar segar PH?

Sebagai ingatan mesra, Rafizi yang dikenali sebagai ‘Raja Formula’ belum pernah dapat membantu negara atau PH membuat dasar yang baik untuk rakyat walau telah diberikan peluang selama 22 bulan sebelum ini.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button