Marquez sah ‘cabut’ tinggalkan Honda

Marquez sah ‘cabut’ tinggalkan Honda

Marquez sah ‘cabut’ tinggalkan Honda
MARC Marquez akan meninggalkan pasukan Honda pada penghujung musim 2023.

LONDON – Spekulasi  masa depan pelumba Sepanyol, Marc Marquez bersama pasukan Repsol Honda dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) akhirnya terjawab selepas kedua-dua pihak memutuskan menamatkan kerjasama lebih awal.

Marquez sebelum ini terikat kontrak bersama pasukan dari Jepun tersebut sehingga penghujung musim 2024.

Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kerjasama mereka selepas tamat musim perlumbaan MotoGP 2023 nanti.

Sebelum ini Marquez dikatakan ‘berang’ dengan jentera Honda yang tidak menunjukkan peningkatan mendadak meskipun telah melakukan terbaik hingga menyukarnnya untuk kembali meraih kemenangan semula dalam saingan MotoGP.

“Honda Racing Corporation dan Marc Marquez menamatkan kerjasama awal dengan persetujuan bersama. Pihak pasukan mendoakan yang terbaik untuk Marc Marquez dalam masa depannya,” kata pasukan tersebut dalam satu kenyataan.

Marquez sah ‘cabut’ tinggalkan Honda
MARQUEZ sewaktu bersaing di Grand Prix (GP) Jepun baru-baru ini. -AFP

Sebagai rekod, pelumba Sepanyol itu membuat penampilan sulung kelas perdana bersama Honda pada 2013 dan telah melakar enam gelaran dunia dalam saingan MotoGP, 59 kemenangan Grand Prix, 101 podium dan 64 petak pertama.

Marquez meraih gelaran dunia MotoGP pertama sewaktu penampilan sulungnya pada 2013 dan turut mempertahankan gelaran tersebut pada musim 2014.

Pelumba Sepanyol itu terus menguasai saingan apabila meraih empat gelaran dunia MotoGP berturut-turut dari musim 2016 hingga 2019.

Pada 2020, Marquez mengalami kecederaan serius pada awal tahun 2020 dan telah menjalani empat pembedahan sejak 2020 dan 2022.

Dia juga diserangan diplopia iaitu merupakan pe­nyakit melibatkan penglihatan.

Sejak itu, Marquez bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik bersama Honda, namun masih berjaya meraih tiga kemenangan pada tahun 2021.

Situasi itu akhirnya membawa kepada timbulnya spekulasi bahawa Marquez bakal berhijrah menyertai pasukan Gresini Racing pada tahun depan. -KOSMO! Online.

Marquez sah ‘cabut’ tinggalkan Honda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker