Kemalangan bas persiaran terbabas disebabkan jalan licin ketika hujan

PENDANG: Kemalangan bas persiaran yang membawa 29 penumpang termasuk dua pemandu di Kilometer 60.2 Lebuhraya Utara Selatan, hari ini dipercayai akibat jalan licin ketika hujan renyai.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, bas persiaran itu dipercayai dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand menuju ke Kampar Perak.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, bas persiaran terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Penumpang bas terbabit terdiri daripada 29 orang yang berusia antara 27 hingga 74 tahun yang kesemuanya warga tempatan.

“Setakat ini, 11 mangsa sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar manakala 18 yang tidak cedera dipindahkan ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun dengan bas persiaran lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arriz Sham berkata, bagaimanapun hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas terbabit mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Media hari ini melaporkan sebuah bas persiaran yang membawa 28 penumpang terbabas ke dalam parit di Kilometer 60 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, di sini petang tadi.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker