Mahathir cuak penyamun “sebenar” akan didakwa jika kerajaan BN menang PRU15 dan tukar Peguam Negara
Oleh Adam Malik
Kenyataan Mahathir selalunya berbentuk ‘reverse’ atau pun ‘persepsi”.
Walaupun Mahathir ramai penyokong taksub namun mereka jarang mengkaji kenyataan Mahathir.
Ia selalu berbentuk ‘terbalik’ , ‘pre-empt” perkara yang akan dilakukan nya , atau ‘persepsi”.
Mahathir juga akan tuduh orang lain terlebih dahulu apa perkara yang dia sendiri lakukan untuk tuduhan itu tidak dikenakan terhadap nya.
Selain itu Mahathir memberi ‘hint’ dan arahan secara tidak lansung.
Ambil contoh jika Mahathir memberi tahu pada sidang media , wajah didalam video semburit Sandakan tidak dapat dikenal pasti , maka kemudian pihak berkuasa tertentu pun mengambil que tidak mendakwa pelaku semburit itu.
Mahathir juga berulang kali menyebut ‘penyamun’ dan ‘perompak’ pada kes tertentu untuk memberi ‘hint’ kepada pihak menggendali kes supaya tidak membuat keputusan lain dari yang dia sudah beri ‘hint’.
Maka , walaupun kes songsang ketiadaan bukti ‘solid’ namun arahan penjarakan ‘penyamun’ sudah diberi kepada puak yang dikawal.
Maka rakyat boleh berfikir apabila Mahathir menyatakan ada pemimpin UMNO sembunyi wang diluar negara , maka itu bermakna tuduhan ‘pre-empt’ supaya dia tidak dituduh berbuat begitu.
Orang yang melepaskan ‘kentut’ secara senyap dan segera laung ‘siapa yang kentut’ sudah tentu tidak akan dituduh melepaskan kentut.
Terkini , dalam kenyataan terbaru Mahathir , dia mengulas bahawa jika PRU15 diadakan segera maka UMNO berpeluang menukar Peguam Negara baru pilihan UMNO.
Maka dengan menukar Peguam Negara baru , Mahathir memberi andaian , UMNO boleh membebaskan ‘penyamun’ dan ‘perompak’ dari kalangan mereka.
Sebenar nya , ia hanya sekadar andaian Mahathir sahaja.
Ia sebenarnya manifestasi kerisauan Mahathir bahawa jika Peguam negara baru dilantik , maka ‘skrip’ yang dipegang oleh Peguam Negara sedia ada lantikan Muhyiddn/Mahathir akan dicampak kedalam tong sampah.
Mahathir pre-empt perkara ini kerana cuak , Peguam negara yang jujur waima lantikan siapa pun akan segera membuka kes rasuah seperti rasuah bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz dan Hakim Nazlan Mohd Ghazali dimana Mahathir sangat risau jika diseret dan disabit akan membebaskan Najib Razak.
Malah dikatakan jika Zeti Aziz didakwa dan soalan sama ada ada menerima rasuah dari Jho Lo melalui akaun suaminya juga akan menjerat Mahathir kerana mustahil Mahathir tidak tahu jika wang RM65 juta di “bank -in” oleh Nik Feisal pun Mahathir tahu.
Begitu juga dengan kes Hakim Nazlan, ia boleh menjerat kan seluruh kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan jika Nazlan disoal.
Kedua kes ini boleh meruntuhkan kes Najib atas sebab banyak maklumat jenayah kedua individu ini disembunyi oleh kerajaan PH dan Tun Mahathir.
Kesalahan melindungi penjenayah boleh dikenakan terhadap Mahathir dan kepimpinan PH.
Maka, benarlah jika dikatakan Mahathir amat cuak jika BN dan UMNO Kembali memerintah kerana kes2 ini akan dibuka oleh Peguam Negara baru yang jujur dan ‘neutral”.
Kenapa tidak buka kes rasuah ini, jika benar PH dan Mahathir Ketika jadi kerajaan membenci rasuah?
Hatta , Mahathir mahu Kembali menjadi Perdana Menteri walaupun setahun dipercayai atas sebab2 untuk melakukan sesuatu terhadap banyak perkara yang membabitkan dirinya yang mula terlondeh satu persatu.
Ini lah kegusaran Mahathir sebenarnya