FIZO OMAR HADIAHKAN IBU SEBUAH SKUTER ELEKTRIK

“Semoga perasaan Mama sama macam apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu. Hmmmm… Iphone 12, PS 5? Nanti la dulu.. Bila Mama gembira, dia boleh bawa pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki.

Image_1.jpg

“Bukan setakat Iphone dan PS 5, dengan kedai-kedai sekali boleh beli. Ameen Insya-Allah,” demikian tulis pelakon dan usahawan Fizo Omar yang telah menghadiahkan ibunya, Hasnah Jidin sebuah skuter elektrik.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar, 35, kenderaan itu boleh digunakan ibunya untuk pergi ke surau. Pelakon drama ‘Pengantin Satu Malam’ itu juga sanggup mengetepikan daripada membeli gajet yang sedang menjadi kegilaan ramai orang iaitu Iphone 12 dan PlayStation (PS) 5.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Perkongsian di laman Instagram (IG) itu turut memuat naik foto bersama ibu dan anak perempuannya, Wan Maryam. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji melihat layanan Fizo terhadap ibunya malah ada yang menjadikan contoh.

“@id_1515: Bagus sayang dengan mak kan. – “@rubyyaacob: Anak soleh, ayah bertangungjawab. – “@hayati.shafii: Wahhh tahniah Abe Joe. Gembirakan ibu Allah mudahkan urusan kita. – “@ma_ahmad1: Fizo anak yang baik semoga dipermudahkn segala urusan,” antara komen-komen ditinggalkan.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Spekulasi hubungan Fizo, Azar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker