Parlimen bubar Jumaat, pembentangan bajet ditangguhkan?
Semua sudah bersedia PRU15
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Teka-teki pembubaran Parlimen akan terjawap pada Jumaat ini. Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri dijangka mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada Khamis.
Perkara tersebut disahkan oleh Ismail Sabri bila ditanya tarikh beliau mengadap YDPA.
Timbul pula persoalan, adakah pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan 7 Oktober ini akam ditangguhkan?
Pertemuan yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn petang ini, seolah memberi isyarat paling jelas pembubaran Parlimen akan berlaku dalam tempoh terdekat.
Dalam sidang media yang dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi selepas pertemuan bersama Ketua Bahagian dan Ketua Sayap Umno seluruh negara, beliau memaklumkan, Umno menghormati Hak Perdana Menteri untuk menasihati Agong untuk pembubaran Parlimen.
Ditanya bilakah tarikh pembubaran, Zahid secara bergurau menjawap “semalam”.
Zahid juga mengarahkan semua Bahagian Umno menghantar senarai nama calon bagi PRU15 selewatnya minggu depan.
Ini menambahkan lagi spekulasi Parlimen akan dibubarkan Jumaat ini.