Pekerja kilang maut, kereta dipandu rempuh lori ditunda

Pekerja kilang maut, kereta dipandu rempuh lori ditunda

Pekerja kilang maut, kereta dipandu rempuh lori ditunda
Kenderaan mangsa yang remuk dalam kemalangan Kilometer 61 Jalan Kota Bharu – Gua Musang, dekat Kuala Krai, awal pagi tadi. – FOTO IHSAN PDRM

KUALA KRAI: Seorang pekerja kilang maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar lori sedang ditunda di Kilometer 61 Jalan Kota Bharu – Gua Musang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, pemandu kereta Perodua Bezza, Fairuz Zamry, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad, berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lori jenis Mitsubishi Fuso yang menunda sebuah lagi lori jenis Isuzu menggunakan sebatang besi yang diikat di belakang dalam perjalanan dari Padang Sembilan, Kuala Krai ke bengkel di Kampung Keroh.



Katanya, mangsa bersama rakannya, Nur Ain Sofea Zakaria, 21, dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju rumah keluarga angkat mangsa di Kampung Pahi.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang memandu Perodua Bezza dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan melanggar sisi kanan lori Isuzu yang ditunda,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

“Penumpang kereta yang juga rakan cedera di leher dan luka di tangan serta kaki kanan manakala pemandu lori jenis Isuzu berusia 43 tahun hanya cedera ringan dan seorang lagi pemandu tidak cedera.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Suzaimi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat nahas itu diminta untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti



Pekerja kilang maut, kereta dipandu rempuh lori ditunda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button