Rakyat perlu kerajaan stabil untuk hadapi krisis

Pilihanraya Umum perlu diadakan segera

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Rakyat perlu kerajaan stabil untuk hadapi krisis

Sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi perlu pembentukan sebuah kerajaan yang stabil bagi menjamin negara tersebut dan rakyat bersedia menghadapi sebarang krisis yang melanda.



Berita mengenai krisis ekonomi yang bakal melanda seluruh dunia bukanlah sesuatu yang baik untuk mana-mana kerajaan termasuk Malaysia.

Apatah lagi jika sesebuah negara tidak mempunyai sebuah kerajaan yang stabil dari sudut politik kerana ia tidak akan memberi pelabur banyak pilihan untuk melabur.

Apa yang diperlukan untuk kembali menstabilkan politik negara? Pilihanraya Umum adalah solusi terbaik bagi rakyat menentukan pembentukan kerajaan yang lebih stabil dan berdaya menangani krisis yang melanda.

Pertukaran dasar sesebuah kerajaan akan memberi kesan terhadap pelaburan asing dan domestik bila tampuk pemerintahan bertukar. Ini menyukarkan kestabilan ekonomi dicapai dan sasaran pencapaian tahunan juga boleh terjejas.



Seperti Malaysia, kestabilan sangat penting untuk ekonomi bagi sebuah negara membangun dan menuju ke arah negara maju. Apabila suasana politik tidak stabil, hasrat mencapai status negara maju boleh terjejas dengan begitu teruk.

Ditambah dengan kejatuhan matawang ringgit berbanding USD, keadaan ini mempengaruhi ekonomi tempatan. Kenaikan kos mengimport barang keperluan dari luar turut mempengaruhi ekonomi rakyat khususnya kerana beban ditanggung oleh pengguna yang memerlukan.

Rakyat perlu kerajaan stabil untuk hadapi krisis

PERTUKARAN KERAJAAN PADA 2018 PUNCA KEMUSNAHAN IMEJ MALAYSIA

Rakyat perlu kerajaan stabil untuk hadapi krisis



Lanskap geopolitik Malaysia mula berubah selepas Mei 2018 apabila pertukaran kerajaan pusat berlaku.

Rakyat kini sedar kesilapan terbesar mereka ialah memilih untuk menukar kerajaan dan pentadbiran.

Dalam tempoh 5 tahun, 2018-2022, kerajaan bertukar wajah sebanyak 3 kali dan ini sebenarnya tidak bagu untuk imej sebuah negara yang sedang membangun.

Apa yang boleh diharapkan bila PM silih berganti seperti menukar langsir saban tahun? Pelabur mula memberi pelbagai alasan untuk menutup operasi mereka dan berpindah ke negara yang lebih stabil. 



Negara-negara kuasa besar dunia tidak memandang Malaysia sebagai negara yang  boleh dijadikan rakan niaga yang baik berikutan keadaan politik yang tidak menentu. Malah, PM yang bertukar kerana ketidakstabilan politik juga nampak seperti tidak diiktiraf di negara luar.

Adakah rakyat Malaysia tidak berhak untuk diberikan peluang memulihkan keadaan ini? Sekarang adalah masa paling sesuai untuk berbuat demikian sebagai persediaan kemungkinan krisis dunia yang bakal melanda pada tahun hadapan. 

Pulangkan hak rakyat kepada rakyat sebelum terlewat.



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button