Setiausaha syarikat GLC direman bantu siasatan kes palsukan dokumen

JOHOR BAHRU – Seorang setiausaha sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan kes memalsukan dokumen untuk mendapatkan kelulusan bayaran daripada pihak pengurusan syarikat itu, hujung tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 35 tahun itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Lelaki terbabit dikenakan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan, tertuduh menyediakan minit ahli lembaga pengarah palsu dengan tujuan mendapatkan kelulusan bayaran dividen pada kadar yang tinggi, bayaran elaun pengarah dan bayaran insentif kepada setiausaha syarikat serta pegawai akaun bagi pihak syarikat terbabit.

Selain itu, suspek juga mendapatkan tandatangan daripada bekas pengarahnya dengan tujuan mengelirukan pihak pengurusan GLC berkenaan agar permohonan semua bayaran tersebut diluluskan.

Tertuduh sebelum itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru diiringi beberapa pegawai dan anggota agensi kerajaan berkenaan pada jam 9 pagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker