Awek Martinelli pelajar perubatan
LONDON: Gabriel Martinelli mendapat sokongan padu peminat Arsenal dan teman wanitanya yang menakjubkan.
Penyerang Brazil itu bertindak hebat bersama The Gunners sekali gus membantu kelab itu mengungguli carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lapan perlawanan.
Dia turut mendapat sokongan jitu WAGs (isteri dan teman wanita) cantik Isabella Rousso, yang belum terlepas sebarang perlawanan yang disertainya.
Pelajar perubatan berambut perang berusia 21 tahun itu menyertai kekasihnya ketika jelajah pramusim di Amerika Syarikat pasukan kendalian Mikel Arteta pada musim panas ini.
Dia menjadi pengunjung tetap Stadium Emirates selain sentiasa memakai jersi Arsenal dengan nama dan nombor Martinelli tertera di belakangnya.
Walaupun tidak diketahui umum bagaimana Martinelli dan Isabella bertemu, kebanyakan laporan menyatakan mereka hanya berpacaran tidak sampai setahun.
Dia berasal dari Rio de Janeiro dan seorang pelajar perubatan.
Isabella kerap berkongsi kehidupannya di makmal menerusi laman Instagram kepada 44,000 pengikutnya.
Ketika tidak belajar, dia menjalani kehidupan yang biasa dinikmati oleh setiap WAGs.
Mengembara ke seluruh dunia jelas sangat penting bagi Isabella.
Pada musim panas, Martinelli dan Isabella pulang melawat tanah air mereka yang mana mereka menghabiskan masa di pulau Brazil yang menakjubkan, Fernando de Noronha.
Pasangan itu juga menikmati masa yang indah di Dubai apabila mereka bergambar di hadapan Burj Al Arab.
Warga Amerika Selatan itu jelas peminat tegar Arsenal apabila dia sering dilihat menyarung jersi pasukan.
Dia berkongsi foto di media sosial memakai jersi laman sendiri Arsenal dengan nama dan nombor Martinelli di belakang.
Foto itu diberi kapsyen: “Cinta saya tertulis di belakang saya.”
BHOnline