MB UMUM BEKALAN AIR SELANGOR PULIH, NETIZEN MINTA JADUAL KETIADAAN AIR UNTUK NOVEMBER PULA

“TOLONG BAGI JADUAL TAKDE AIR UNTUK BULAN 11 PUNYA” – NETIZEN

Menteri Besar Selangor menerusi facebook miliknya mengumumkan bekalan air di Selangor akan pulih. Dalam status tersebut menyatakan tahap pencemaran di LRA Rantau Panjang dan Sg Selangor fasa 1, 2 dan 3 telah mencecah 0 TON. Oleh demikian loji akan mula memproses air mentah untuk disalurkan kepada pengguna di Selangor.

Bagaimanapun ada komen agak mencuit hati daripada netizen yang meninggalkan komen di ruangan tersedia.

“Tolong bagi jadual TAKDE air untuk bulan 11 yea” – Emmy Hazrul

 

Sebelum ini pelbagai komen dikemukakan netizen dan mereka yang terlibat dengan ketiadaan air hingga ada yang mengesyorkan agar AIR SELANGOR diubati kerana sering mengalami gangguan.

Masalah bekalan air di Selangor telah membebankan ramai rakyat Selangor khususnya sejak pentadbiran Azmin Ali hinggalah sekarang. Rakyat Selangor kini semakin mangli dengan keadaan begitu dan berharap perkara ini diutamakan kerajaan negeri Selangor.

KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)

KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker