Cerita di sebalik but baharu Sterling
London: But baharu Raheem Sterling mendapat inspirasi daripada bas yang selalu dinaiki untuk ke tempat latihan ketika zaman remajanya.
Penyerang Chelsea, Sterling membesar di barat laut London, hanya beberapa batu dari Stamford Bridge.
Semalam dia memperkenalkan but baharunya berwarna biru berserta corak kecil pelbagai bentuk yang diilhamkan daripada tempat duduk bas yang dinaiki Sterling ke ibu kota.
Menjelaskan but baharunya itu, Sterling dalam Twitternya berkata: “3 bas untuk pergi jalani latihan. 18, 182 and 140.
“Saya tidak akan melupakan semua nombor itu. Saya dan kakak Lakima menaikinya setiap hari.
“But ini saya tujukan kepadanya dan semua memori yang kami kongsi bersama #RouteToSuccess. @NBFootball.”
But baharu Sterling dan kisah di sebaliknya itu mendapat reaksi positif daripada penyokong Chelsea
“Semua mengenainya adalah fantastik,” ciapan seorang peminat di Twitter.
“Saya suka dengan mesej ini,” tambah seorang lagi.
Manakala peminat lain berkata: “Kakak kami juga melakukan perkara yang sama.”
METRO