Conte kecewa jentera serangan tumpul

Frankfurt: Jurulatih Tottenham, Antonio Conte kecewa dengan aksi kurang berbisa di bahagian serangan selepas Spurs seri tanpa jaringan ketika bertemu Frankfurt di tempat lawan pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Gandingan penyerang Tottenham, Harry Kane dan Son Hueng-min yang menyaksikan mereka meledak 40 gol pada musim Liga Perdana 2021-2022, gagal untuk memanfaatkan beberapa peluang terbaik dan seringkali menerima kecaman penyokong tuan rumah.

Ketika Conte memuji prestasi barisan pemainnya beraksi di depan penyokong Frankfurt, beliau tetap kecewa apabila mereka mensia-siakan beberapa peluang terbaik.

“Kami perlu lebih klinikal. Bola sepak adalah mudah, untuk menang, anda perlu menjaringkan gol.

“Kami memerlukan masa untuk membina, melangkah setapak demi setapak, memperbaiki dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah skuad,” katanya.

Sementara itu, pengurus Frankfurt, Oliver Glasner memuji aksi bertaraf dunia penjaga golnya, Kevin Trapp dan tetap berpuas hati meraih satu mata selepas mengharungi minggu sukar di Bundesliga apabila tewas 0-2 kepada Union Berlin.

“Tottenham sudah tentu pasukan pilihan (dalam kumpulan). Aksi hari ini mungkin salah satu yang terbaik di Eropah.

“Adalah penting untuk mengawal lawan dan memanfaatkan beberapa ruang yang diberikan oleh skuad bimbingan Antonio,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker