Menteri Luar Korea Selatan cadang jalin usaha sama strategik komprehensif dengan ASEAN

Menteri Luar Korea Selatan cadang jalin usaha sama strategik komprehensif dengan ASEAN

Menteri Luar Korea Selatan cadang jalin usaha sama strategik komprehensif dengan ASEAN

SEOUL: Korea Selatan hari ini mencadangkan Seoul menjalinkan “perkongsian strategik komprehensif” dengan ASEAN pada tahun depan.

Cadangan itu disuarakan Menteri Luar Korea Selatan Park Jin dan Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Horn dalam satu mesyuarat di Seoul, memandangkan Korea Selatan sedang berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan ASEAN, rakan kongsi penting negara itu dalam kerjasama diplomatik dan ekonomi.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Park membuat cadangan untuk mewujudkan titik perubahan baharu dalam pembangunan hubungan dua hala sempena ulang tahun ke-35 jalinan perkongsian dialog antara kedua-dua pihak.

Dalam reaksi balasnya, Kao menjangkakan kerjasama ASEAN dan Korea Selatan akan berkembang lebih jauh dan menggesa jalinan kerjasama yang lebih erat dalam proses mewujudkan perkongsian strategik itu.

Setiausaha Agung itu tiba di Seoul pada Khamis untuk lawatan empat hari, kunjungan sulung beliau sejak memegang jawatan pada Januari. – BERNAMA-YONHAP

Menteri Luar Korea Selatan cadang jalin usaha sama strategik komprehensif dengan ASEAN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker