Pecutan ‘Little Gorila’ berjaya tawan Melaka

Pecutan ‘Little Gorila’ berjaya tawan Melaka

Pecutan ‘Little Gorila’ berjaya tawan Melaka
DE KLEIJN mengangkat sebelah tangannya sebaik sahaja melintasi garisan penamat untuk memenangi Peringkat 6 LTdL 2023 di Dataran Pahlawan, Melaka semalam. – AMIR KHALID

MELAKA – Biarpun kali pertama membuat kemunculan pada Le Tour de Langkawi, pakar pecut Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn membuktikan dia adalah pencabar sebenar selepas melakar kemenangan kedua sejurus menawan Peringkat 6 di Melaka semalam.

Pada perlumbaan sejauh 174.5 kilometer (km) dari Karak ke Me­laka, pelumba Belanda itu yang dibantu rakan-rakan sepasukannya bijak mengawal saingan biarpun berlaku breakaway di pertengahan perlumbaan.

De Kleijn yang terkenal de­ngan gelaran Little Gorilla itu berjaya melakukan henjutan padu pada penamat beramai-ramai di Dataran Pahlawan, Melaka untuk muncul juara pada perlumbaan Peringkat 6 tersebut.

Lebih menarik, ia adalah kemenangan kedua pelumba Belanda itu selepas muncul juara di Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu Sabtu lalu dan turut menamatkan saingan tempat kedua di Kota Bharu.

De Kleijn meraih kemenangan ke-11 dalam kariernya selepas mengetepikan pelumba Human Powered Health, Sasha Weemaes di tempat kedua, manakala wakil Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa ketiga dengan kesemua mereka merakam masa sama 4 jam 8 minit 19 saat (s).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  


“Kemenangan pada hari ini benar-benar luar biasa dan ia dibantu hasil kerja keras rakan sepasukan. Pada mulanya kami sedikit bergelut di hadapan tetapi kami berjaya tingkatkan kelajuan pada penghujung perlumbaan.

“Menguasai saingan LTdL sekali lagi ini adalah sangat menggembirakan. Apa pun, kami akan lakukan seperti ini dalam baki dua perlumbaan esok dan Sabtu,” kata pelumba berusia 29 tahun itu.

Bagaimanapun, Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan) tidak terusik apabila masih disandang juara Peringkat 5 dari EF Education-Easypost, Simon Carr dengan catatan masa 23:33.29s, meninggalkan rakan sepasukannya, Jefferson Alexander Cepeda (0.49s) dan ketiga terbaik ialah Pablo Castrillo (Equipo Kern Pharma) 0.58s.

De Kleijn yang menghadiahkan kemenangan kali ke-29 Tudor Pro Cycling Team di peringkat antarabangsa, turut mengekalkan jersi Jingga (Raja Pecut) selepas mengumpul 45 mata, diikuti Enrico Zanoncello (Green Project-Bardiani CSF-Faizane) 36 mata dan Syritsa di kedudukan ketiga (34 mata).

Rakan sepasukan De Kleijn, Simon Pellaud mengekalkan Jersi Polka Dot (Raja Bukit) selepas mengumpul 32 mata diikuti Carr, 20 mata dan Castrillo 13 mata.

Sementara itu Jersi Putih (Terbaik Asia) kekal milik pelumba Astana Qazaqstan Team, Vadim Pronskiy selepas mengumpul catatan masa 23:34.44s, diikuti pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Jambaljamts Sainbayar (23:36.51s), manakala wakil Roojai Online Insurance, Ariya Phounsavath di kedudukan ketiga (23:39.33s).

Perlumbaan peringkat ketujuh esok akan bermula dari Muar ke Seremban 2 dengan jarak 123.8km.

Pecutan ‘Little Gorila’ berjaya tawan Melaka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker