Hartawan China terlepas dakwaan rogol pelajar di AS
Hartawan China terlepas dakwaan rogol pelajar di AS
BEIJING: Hartawan China yang mendapat gelaran ‘Jeff Bezos China’ terlepas daripada sebarang pendakwaan selepas kes serangan seksual melibatkannya dengan seorang wanita dianggap ‘selesai’ di Amerika Syarikat (AS).
Hartawan tersebut yang dikenali sebagai Richard Liu atau nama Cinanya, Liu Qiangdong bersama plaintif, Liu Jingyao bersetuju menyelesaikan kes yang berlaku secara luar mahkamah.
Terdahulu, kes perbicaraan kedua-dua individu tersebut mendapat liputan meluas media AS dan China memandangkan Richard merupakan hartawan terkenal Beijing.
Namun, butiran mengenai persetujuan kedua-dua pihak itu untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tidak didedahkan.
Berita itu mengejutkan pelbagai pihak di China yang kebanyakannya berharap Richard ‘dihukum atas kesalahannya’ dan menyifatkan ‘orang kaya juga melakukan dosa’.
Kes antara Richard dan Liu bermula pada 30 Ogos 2018 ketika wanita itu menjadi pelajar di Universiti Minnesota.
Wanita itu dijemput menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan untuk Richard sebelum kedua-duanya pergi ke sebuah rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Mahathir lupa, Azmin penipu besar”
- Selepas Gunakan Isu Banjir, DAP Gunakan Pula Isu Perkauman Untuk Elak PRU 15
- Ambil teladan kes Najib , Passport Tommy Thomas , Zeti dan Nazlan sepatut sudah di rampas.
Liu mendakwa dia diberikan minuman alkohol dalam jumlah yang banyak sehingga dia mabuk dan ketika dalam kenderaan, Richard cuba mendekatinya.
“Saya dalam keadaan sangat mabuk ketika itu, namun masih ingat apa yang berlaku.
“Selepas tiba di rumahnya, saya terus dirogol oleh Richard,” katanya.
Namun, Richard mendafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan wanita itu yang ‘rela melakukan hubungan seks dengannya’.
Liu kemudiannya membuat laporan polis, menyaksikan Richard ditahan dan perkara itu mendapat liputan meluas media China.
Pada April 2019, Liu memfailkan saman sivil terhadap Richard dan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50,000 (RM232,543).
Namun, perjalanan kes tersebut seolah-olah terhenti selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah, malah ada rakyat negara ini yang menyifatkan Liu sebagai mata duitan dan perempuan murahan sehingga sanggup menghentikan perbicaraan.
Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi
Hartawan China terlepas dakwaan rogol pelajar di AS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Cinta’ Anwar Dan Azmin Kembali Mekar Di Gombak
- Keangkuhan Hanipa Maidin Adalah Cerminan Peribadi Beliau Yang Sebenar
- Parlimen bubar Jumaat, pembentangan bajet ditangguhkan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :