Hujan lebat akibatkan beberapa kawasan dilanda banjir di Ipoh



IPOH – Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Akademi Badminton, Bandar Meru Raya dan kawasan Ulu Chepor di sini.

“Kesemua mangsa di akademi badminton itu keluar sendiri dan tiada pemindahan mangsa dibuat setakat ini.

“Pemantauan banjir di lokasi terlibat masih dilakukan oleh pihak bomba sehingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam tadi. – BERNAMA





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker