Lebih 25 wilayah di Thailand dilanda banjir setakat semalam

BANGKOK – Lebih 526,322 hektar kawasan di 25 wilayah di utara, timur laut, wilayah tengah dan timur Thailand dilanda banjir setakat semalam.

Agensi Pembangunan Geomaklumat dan Teknologi Angkasa (GISTDA) Thailand memaklumkan mengenai bencana itu selepas meneliti maklumat daripada satelit Sentinel-1.

Daripada keseluruhan kawasan yang terjejas banjir itu, kata GISTDA, kira-kira 16 peratus atau 84,252 hektar kawasan adalah sawah padi.

Agensi itu menganggarkan sekurang-kurangnya 758,000 penduduk terkesan dengan banjir berkenaan, yang turut memusnahkan 3,700 kediaman dan menenggelamkan jalan raya sepanjang 1,463 kilometer.



Wilayah paling teruk terkesan adalah Nakhon Sawan (104,155 hektar), Ayutthaya (68,919 hektar), Pichit (64,333 hektar), Suphan Buri (57,064 hektar) dan Sukhothai (43,141 hektar), manakala Nong Bua Lamphu paling kurang terkesan dengan 46 hektar.

GISTDA juga sudah menghantar gambar satelit berkenaan kepada pelbagai pertubuhan untuk membantu misi mereka dalam merancang serta memantau keadaan banjir berkenaan.

Agensi itu juga turut mengubah penerimaan isyarat satelitnya untuk memantau keadaan di kawasan yang berisiko banjir.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker