Liverpool ‘tutup bunyi bising’ dengan atasi Rangers

LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Jordan Henderson berkata skuad Reds mesti “menutup bunyi bising” selepas krisis awal musim menerusi kemenangan selesa 2-0 mengatasi Rangers di Anfield sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp hanya menang tiga daripada sembilan perlawanan awal Liga Perdana dan Liga Juara-Juara namun tidak boleh mengharapkan lebih daripada itu apabila mengatasi Rangers.

Sepakan percuma menakjubkan Trent Alexander-Arnold selepas tujuh minit permainan boleh membuka ruang untuk lebih banyak gol tetapi penjaga gol berusia 40 tahun, Allan McGregor berjaya mengawal gawang Rangers hingga tamat babak pertama.



Penalti Mohamed Salah pada awal babak kedua menamatkan sebarang keraguan mengenai keputusan aksi itu menyebabkan Rangers masih menanti mata pertama dalam Kumpulan A selepas tiga perlawanan.

Liverpool naik tiga mata di depan Ajax, yang dibelasah 6-1 di laman sendiri oleh pendahulu kumpulan, Napoli.

“Ia boleh menjadi sukar. Anda cuba untuk tidak mendengar media sosial terutama apabila anda melalui tempoh yang sukar sebagai individu atau pasukan,” kata Henderson.

“Anda perlu tutup bunyi bising dan fokus apa yang anda lakukan hari demi hari dan kekal fokus terhadap apa yang kami cuba capai sebagai sebuah pasukan.



“Ia bukan mudah. Ia boleh melukakan pemain ketika ini tetapi kami cuba mencari jalan bagi menggunakanya sebagai tenaga dalam padang.”

Apa yang kurang buat skuad Klopp ialah gol pertama di Anfield buat Darwin Nunez apabila bintang Uruguay itu terlepas beberapa peluang terbaik ketika dia kembali ke dalam kesebelasan utama.

“Itulah sebenarnya apa yang kami perlukan. Ia super, persembahan yang bagus,” kata Klopp yang menukar formasi biasa 4-3-3 kepada 4-2-3-1.



“Kadangkala anda perlu menukar beberapa perkara.”

Alexander-Arnold sebelum ini juga berdepan kritikan kerana kurang kualiti ketika bertahan pada permulaan perlahan Liverpool sejak musim baharu.

Namun pertahanan kanan itu menunjukkan sepakan berkualiti ke penjuru gawang yang melegakan sedikit Liverpool.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button