Mendakwa pemimpin PH antara kandungan manifesto PRU15 BN?



 

 

 

 

 

Oleh Adam Malik

Semalam telah berlansung pertemuan tertutup antara Presiden UMNO serta Perdana Menteri bersama ahli UMNO di WTC.

Hampir semua wakil dari seluruh negara menghadiri pertemuan dan himpunan ini.

UMNO telah memasuki fasa terakhir menghadapi Pilihanaya ke15 dan pertemuan diadakan dengan mengambil kesempatan memberi amanat dan pesanan kepada perwakilan yang hadir.



Dalam pada itu , kami mendapat maklumat dari sumber tertentu dari kalangan kepimpinan bahawa demi menghadapi PRU15 kali ni , UMNO serta Barisan Nasional dikatakan akan menyediakan manifesto yang agak ‘praktikal’ dan ‘winnable’.

Manifesto yang masih dalam persiapan akhir kali ini , kami diberitahu akan turut meletak kan salah satu janji BN adalah membuka kes2 yang digugur oleh kerajaan Pakatan Harapan dan selain itu juga membuka kes2 baru yang benar dan sahih dan bukan sengaja direka seperti kerajaan PH lakukan.

Kami turut diberi maklum , kes2 seperti yang membabit kan bekas Gabenor Bank Negara dan juga Hakim Nazlan turut akan dibuka serta merta jika BN memerintah.

Untuk makluman rakyat , memang benar banyak wang kerajaan tidak dapat dijejak semenjak kerajaan PH memerntah.



Wang2 dari penjualan aset2 negara , bon2 serta hutang baru juga tidak begitu jelas kemana perginya.

Selain itu kerajaan PH dan Perikatan Nasional telah banyak membelanjakan wang Ketika darurat PKP dianggarkan sehingga RM300 bilion yang belum dicamur dengan bajet tahunan.

Dilaporkan wang pulangan 1MDB juga tidak ‘tally’ dengan baki hutang 1MDB sedia ada seolah olah wang diterima dizaman PH tidak diguna untuk membayar hutang 1MDB.

Apapun , semua ini dari sumber tertentu yang kami perolehi.



Pada PRU14 PH telah mendapat banyak sokongan dan undi kerana bermain persepsi konon BN banyak menyamun dan mencuri wang dan Tun Mahathir dengan bangga nya ada buat pengumuman akan mendakwa pemmpin2 BN.

Akhirnya demi hendak memenuhi fitnah2 ini PH terpaksa mencipta kes2 yang terlihat terlalu banyak carca marba dan banyak lompong serta tergesa gesa.

Maka, dari sumber yang kami perolehi semalam , amat wajar juga BN mengisi manifestonya dengan janji akan mendakwa pemimpin PH , membuka semula kes yang digugur dan menyiasat banyak salah laku serta penyelewengan yang diwaktu ini tidak ada kesempatan dan aksew untuk disiasat.

Dengan hal ini BN juga dapat memberi persepsi kepada rakyat bahawa PH , Tun Mahathir serta sisa2 mereka didalam PN bukan suci murni , cuma belum disiasat dan diselongkar penyelewengan mereka





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker