‘Memang dalam pengetahuan awam, tetapi Mohd Nazlan kena dedahkan’

KUALA LUMPUR: Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihaknya mengakui jawatan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank berada dalam pengetahuan awam.

Bagaimanapun katanya, apa yang dipertikaikan ialah Mohd Nazlan yang mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International dihadapi Najib mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan perkara itu kepada semua pihak dalam perbicaraan.

Katanya, permohonan yang dikemukakan untuk memasukkan bukti tambahan berkaitan Mohd Nazlan (yang kini hakim Mahkamah Rayuan) bukan untuk mempertikaikan maklumat mengenai jawatan yang pernah dipegangnya tetapi tindakan yang sepatutnya diambil oleh hakim terbabit.

“Apabila tindakan (mendedahkan perkara berkenaan) ini tidak dilakukan, maka akan timbul syak wasangka. Syak wasangka ini sudah cukup untuk menunjukkan terdapat bahaya berat sebelah di pihak hakim bicara.



“Kami memohon mahkamah membenarkan permohonan kami supaya keterangan ini dibawa masuk sebagai bukti tambahan.

“Ia akan menunjukkan kekuatan mahkamah ini bahawa ia bersedia untuk campur tangan apabila jelas di hadapannya terdapat unsur ketidakadilan kepada pemohon,” katanya.

Mahkamah Persekutuan sedang berhenti rehat seketika sebelum membuat keputusan.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker