Pendedahan demi pendedahan menimbulkan banyak keraguan dan ubah persepsi awam terhadap kes Najib.

Oleh Adam Malik

Semalam dan kelmarin telah menampakkan minat rakyat terhadap kes 1MDB yang sedang dibicarakan meningkat secara mendadak dan menjadi tumpuan.

Jika sebelum ini , pada kes SRC , ramai rakyat tidak minat pada kandungan kes dan soal jawap didalam mahkamah.

Malah nama2 mereka yang terbabit menjawap dan beri keterangan juga tidak diketahui oleh rakyat.

Atas sebab itu , ramai rakyat telah membuat konklusi bahawa Najib Razak sudah bersalah sebelum pun kes Datuk Seri Najib Razak bermula.

Ia atas mainan  media yang melaporkan kenyataan orang seperti Tun Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan yang suka bermain persepsi dan fitnah.

“Trial and judge by media” telah dimainkan oleh Tun Mahathir dan Pakatan Rakyat semaksimumnya.

 

Maka, apabila DSNR dijatuhkan hukuman ramai yang beranggapan ia sewajar dan sepatutnya.

Namun, kini apabila kes 1MDB dibicarakan , pandangan rakyat sudah mula bertukar kepada pertanyaan , cemuhan dan sindiran kepada pihak pendakwa dan mahkamah.

Jika di perhatikan pada laporan media online dari beberapa media terkenal berkaitan kes SRC atau kenyataan Ketua Hakim Negara, terlalu jelas , editor dan artikel mendapat cemuhan , sindiran dan makian dari netizen di ruangan komen.

Dari hampir 700 – 800 komen boleh dikatakan hampir 90% menyerang melekehkan serta memperbodohkan tajuk berita.

Pihak kami tidak perlu ‘skrinshot’ komen2 itu seperti lazim kami lakukan.

Terkini , merata rata netizen bercerita berkenaan derma Arab yang selama ini diperlekeh dan diperbodohkan oleh Tun Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan telah didedahkan sebagai benar dan ujud , maka banyak ditularkan oleh netizen dan facebooker memaki hamun dan mencerca pihak yang selama ini menipu mereka berkenaan derma itu ‘dongeng’.

Paling banyak ditularkan adalah kenyataan dan pengakuan bekas Managing Director AMBANK Cheah Teck Kuan , 74 tahun yang mengesahkan beliau ada berjumpa dengan bekas Gabenor Zeti Aziz untuk memaklumkan berkenaan derma yang diterima oleh Najib Razak.

Kenyataan ini mengujudkan “uproar” dikalangan Masyarakat dan memberi kesan bahawa DSNR tidak pernah berbohong.

Kenyataan ini juga mengujudkan keraguan masyarakat terhadap Tun Mahathir dan Zeti Aziz.

Ini antara contoh maklumat yang selama ini terpendam dari pengetahuan rakyat.

Selain hal ini, maklumat berkenaan hakim Mohd Nazlan Ghazali menerima rasuah didalam 11 transaksi juga menjadi pengetahuan baru kepada ramai peminat cerita SRC dan 1MDB.

Untuk makluman , pengakuan Cheah Teck Kuan sebenarnya bukan baru, beliau telah pun konsisten memberitahu mahkamah yang dihakimi oleh Nazlan pada kes SRC , namun  tidak berapa menjadi panas kerana kebijaksanaan miedia pro PH memendam soal jawap antara Cheah dan peguam dakwa.

Bukan sahaja Cheah , namun pegawai AMBANK lain juga mengesahkan antaranya Uma Dewi , Weedani Senan dan Wee Tek Kiat.

Tetapi Ketika penggulungan hujah oleh hakim Nazlan , lansung ia tidak menjadi bahan kupasan seolah olah ia tidak penting.

Apapun , kini rakyat sudah mula sedar akan penting nya mendengar soal jawap dari mahkamah supaya mereka boleh tahu apa sebenar yang terjadi.

Apa yang penting , kes mula dilihat dengan penuh keraguan dan tidak meyakinkan.

Pendedahan demi pendedahan baru telah membuat Najib Razak mula dilihat sebagai hero dan semakin disayangi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker