PH yakin menang 125 kerusi PRU15

Rakyat masih mempercayai Pakatan Harapan?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PH yakin menang 125 kerusi PRU15

Siri ceramah PH di seluruh negara membantah jika Pilihanraya Umum Ke-15 diadakan dalam tempoh terdekat. Bagaimanapun, PH terus berkempen kepada rakyat agar memberikan peluang sekali lagi kepada mereka untuk kembali ke Putrajaya.



Pada PRU14 lepas Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya selepas memenangi sebanyak 113 kerusi pada peringkat awal dan bertambah bila ahli Parlimen bertindak melompat parti.

Bagaimanapun kini jumlah kerusi dimiliki PH menyusut berikutan krisis dalaman yang berlaku selepas memerintah selama 22 bulan.

PH yakin menang 125 kerusi PRU15

Ini termasuk parti yang menyertai PH sebagai gabungan selepas itu.



Bagaimanapun, bagi PRU15, PH memperlihatkan keyakinan mereka untuk mendapat 125 kerusi Parlimen dengan keberkesanan kempen menerusi siri ceramah.

Bagi merealisasikan angka 125 kerusi, PH kini tampil dengan manifesto yang lebih baik dari terdahulu dan menambah baik manifesto asal mereka termasuk penghapusan Tol dan bayaran balik PTPTN.

Untuk serangan khas, Rafizi Ramli (PKR) sudah bersedia dengan isu-isu berat yang beliau rasakan mempunyai peluang cerah mempengaruhi pemikiran rakyat. 

DAP KERJA KUAT UNTUK NAIKKAN ANWAR SEBAGAI PERDANA MENTERI KE-10

PH yakin menang 125 kerusi PRU15



DAP tidak banyak membantu pembentukan manifesto baru Pakatan Harapan memandangkan isu  tumpuan boleh dikatakan tidak ada. Mereka hanya menumpukan kempen untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Jika dahulu, isu 1MDB digunapakai sebagai bahan kempen, kali ini DAP bergelut dengan isu Lim Guan Eng di Mahkamah.

AMANAH pula masih seperti yang dulu, masih menjadi ‘jurucakap’ untuk DAP dan membawa apa sahaja isu yang diketengahkan DAP. Presiden AMANAH, Mohamad Sabu seperti ketandusan isu apabila hanya mengulang-ulang skrip yang sama setiap kali naik pentas ceramah.

Mempertimbangkan semua aspek politik, tidak menjadi alasan mengapa PH menolak PRU15 diadakan pada tahun ini.



PH sebenarnya perlu membuktikan kemampuan mereka untuk kembali memegang tampuk kerajaan selepas diruntuhkan PPBM yang menarik diri dari gabungan pada 2020.

Pengajaran pwerlu diberikan PH terhadap PPBM agar tidak mengkhianati gabungan parti-parti pembangkang yang telah berjaya menamatkan dominasi BN selama hampir 6 dekad.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button