Polis KL lupuskan dadah rampasan sejak 2005 hingga tahun lepas bernilai RM16.89 juta

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM16.89 juta yang dirampas dalam tempoh 2005 sehingga tahun lalu.

Dadah tertinggi yang dilupuskan iaitu Methapetamine bernilai RM10.85 juta diikuti kanabis (RM3.31 juta), ketamin (RM2.14 juta) MDMA (RM409,000) air ketum (RM11,000) dan pelbagai bahan kimia serta peralatan digunakan memproses dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dadah dilupuskan ini melibatkan kes yang telah selesai perbicaraan di mahkamah.

“Pelupusan dadah ini melibatkan sejumlah 2,894 kertas siasatan daripada keseluruhan 242,290 kertas siasatan yang dibuka sejak 2005 hingga 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Azmi, anggara berat keseluruhan dadah dilupuskan adalah 224, 638 gram dan 139,295 milliliter.

“Kebolehgunaan kesemua dadah yang dilupuskan ini meliputi 450,000 pengguna.

“Nilai dan jumlah rampasan dadah ini berbeza-berbeza mengikut setiap negeri, di Kuala Lumpur ini, kita dapati syabu mencatatkan jumlah paling tinggi setakat ini yang melibatkan kawasan Cheras,” jelasnya.

© Utusan Online 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker