Koridor maut dan penghinaan

Koridor maut dan penghinaan

Koridor maut dan penghinaan
PENDUDUK Palestin melarikan diri dari utara untuk ke selatan Gaza. FOTO Reuters

Ramallah: “Koridor maut dan penghinaan”. Begitulah disifatkan oleh wartawan Palestin, Salwa Al Rabiah (bukan nama sebenar) yang terpaksa menempuhi Jalan Salah al-Din yang ditetapkan rejim Israel sebagai ‘koridor kemanusiaan’ untuk perpindahan ribuan penduduk Gaza dari utara ke selatan.

Al-Rabiah berkata: “Pada pagi 12 November, kami terpaksa bergerak keluar dari utara Gaza menuju selatan melalui Jalan Salah al-Din kerana hospital yang kami berlindung (di situ) dibedil tentera Zionis”, lapor Agensi Berita Palestin (Wafa).

Beliau sebelum ini berlindung di Hospital al-Quds bersama 10 ahli keluarganya setelah pangsapuri mereka di Gaza musnah di serang tentera penceroboh Israel sejak 7 Oktober lepas.

Hospital al-Quds yang diselia Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin yang terletak di Bandar Gaza, adalah hospital kedua terbesar di Semenanjung Gaza selepas Hospital Al-Shifa.

Al-Rabiah berkata, sebaik tiba di satu kawasan, tentera Israel menahan kenderaan dan mengarahkan semua turun dan dipaksa berjalan kaki.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan?


“Puluhan keluarga Palestin yang berada di dalam kenderaan tiada pilihan kecuali akur pada arahan.

“Masing-masing menggendong anak dan menggalas beg pakaian, berjalan kaki di hadapan muncung kereta kebal yang mengawasi kami sepanjang perjalanan sejauh 14 kilometer hingga ke Wadi Gaza selama lebih 10 jam.

“Pada setiap sekatan jalan pula, kami ditahan lebih sejam setengah. Ada wanita yang menjadi mangsa pencabulan, ada juga yang barang kemas mereka dirampas. Malah, ada juga beberapa orang yang dipaksa menanggalkan pakaian dalam keadaan cuaca sangat sejuk di hadapan kami semua,” katanya.

Menceritakan keadaan semasa berlindung di Hospital al-Quds, Al-Rabiah berkata, hospital itu menjadi tempat berlindung kira-kira 15,000 orang dengan keadaan sangat sesak dan kekurangan bekalan makanan serta ketiadaan air bersih untuk diminum.

“Keadaan bertambah buruk apabila kami menerima amaran hospital itu akan diserang. Kami hidup dalam ketakutan dan kebimbangan namun cuba menenangkan antara satu sama lain, walaupun kami tahu rejim Zionis benar-benar akan menyerang dan membunuh kami semua seperti yang berlaku di Hospital al-Mu’ammadani sebelum ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kecewa Dengan PAS, Mahathir Tumpu Perhatian ‘Hijacked’ PPBM


Setelah 20 hari dikepung, tentera Israel pada Sabtu memutuskan sepenuhnya bekalan elektrik dan air serta rangkaian telekomunikasi sebelum memulakan serangan.

“Saya meminta bantuan melalui media sosial, selain berhubung dengan Persatuan Palang Merah, namun mereka berkata, masanya tidak sesuai dan meminta kami menunggu operasi menyelamat,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki yang antara orang terakhir berjaya dibawa keluar dari Hospital al-Quds berkongsi detik ngeri yang dilaluinya.

“Ketika tidak sampai kira-kira 50 meter saya dan orang awam yang berlindung di hospital itu termasuk pesakit lain keluar meninggalkan kompleks hospital itu sambil mengangkat sepanduk putih, tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup ke arah kami dan memaksa kami berpatah balik ke hospital.

“Kami kemudian diarah keluar melalui laluan lain untuk menuju ke Jalan Salah al-Din.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam


“Setelah dua jam berjalan, ada beberapa orang dalam kalangan kami menjadi mangsa sasaran penembak hendap. Akhirnya kami tiba di Jalan Salah al-Din sambil dikelilingi kereta kebal. Maka bermulalah detik paling menghinakan dalam hidup kami,” kata lelaki itu.

Tentera Zionis turut bertindak mencampakkan debu tanah sebelum meminta menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

“Ada beberapa orang pemuda dipanggil dan diminta untuk menanggalkan pakaian di hadapan kami. Saya dan beberapa orang lagi dikerahkan untuk masuk ke dalam sebuah lubang untuk disoal siasat,” katanya.

Bukan itu sahaja, tentera Zionis turut menyoal siasat doktor dan pegawai Palang Merah, ada doktor yang ditahan, manakala beberapa orang diarah menghadap timbunan pasir.

“Kemudian, kami menyaksikan seorang pemuda ditembak dan tidak diketahui nasibnya sekarang. Sementara enam orang pemuda lagi dipaksa tunduk hormat kepada bendera penjajah sambil muncung senapang dihalakan ke arah mereka,” katanya.

Operasi Hospital al-Quds di Gaza pada Ahad sudah terhenti sepenuhnya akibat ketiadaan bekalan petrol dan elektrik.

Selain dikepung dengan kereta kebal, bangunan hospital turut diserang bertubi-tubi dan dibedil dengan mortar mengorbankan pesakit dan penghuni yang berlindung di situ, menurut Wafa.

Kementerian Kesihatan Palestin pada Sabtu mengumumkan 26 daripada 35 hospital di Semenanjung Gaza sudah menghentikan operasi kerana ketiadaan bekalan petrol dan terputus bekalan elektrik.

Koridor maut dan penghinaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker