Tahap Kesiapsiagaan Jentera UMNO/BN Terbaik

BAGAN DATUK – UMNO Tanjung Malim telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan sekaligus membentuk kerajaan di peringkat negeri dan pusat, demikian tegas Pemangku Ketuanya, Mohd Zaidi Aziz.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelakkan jentera berada di tahap tidak memuaskan selain melicinkan gerakan sepanjang tempoh berkempen apabila gendang PRU dipalukan.

“UMNO Tanjung Malim telah siapsiaga dan mengumpul kesemua jentera pilihan raya, pusat daerah mengundi (PDM) telah pun dibuka malah pejabat parti pun dikenal pasti. Dry run yang pertama telah pun kita lakukan, penaziran pun telah dilakukan termasuk juga kursus-kursus pada jentera pun telah dilaksanakan.

“Saya yakin dan percaya apabila tiba masanya gendang dipalu, UMNO Tanjung Malim telah siap sedia dan akan terus berkerja bagi memastikan kemenangan dapat diraih oleh BN,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim berkata jentera akan melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab yang diberikan parti demi masa depan rakyat.

“Bahang PRU sudah terasa, kita sudah bersedia dan bersemangat tinggi bagi memikul tanggungjawab ini. Insya-Allah dengan semangat yang diberikan oleh jentera kemenangan akan berpihak pada kita,” ujarnya.

Terdahulu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah melancarkan jentera parti di setiap bahagian dan hanya tinggal dua bahagian yang belum dilawatinya iaitu bahagian Sungai Siput dan Pasir Salak.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker